MUNGKIN HANYA TUHAN

MUNGKIN HANYA TUHAN…
YANG TAHU SEGALANYA..
APA YANG KU INGIN KAN..
DI SAAT-SAAT INI… OOOOHHHH

Erm.. sekarang apa yg berlaku aku hanya mampu redha jek… pernahkan anda rasa bahawa setiap apa yg dilakukan oleh kita merupakan tindakan yang menongkah arus. Nak melawan… kita kalah.. tak nak melawan pon kita kalah jugak… ibarat juga masuk mulut buaya, bukan tidak berusaha mahu melepaskan diri, tetapi lagi keras kita berusaha untuk melepaskan diri, lebih azab rasanya badan kita menanggung.. mana taknye, kalau senyap-senyap kena telan dek buaya sekurang-kurangnya lengkap satu body ada dlm perut buaya.. agaknya sempatlah jugak nak mengucap dalam suasana yang gelap.. erm kalau degil jugak tak bagi buaya tu telan.. kan dah jadi bercebis-cebis daging kita… huhuhuhuhuhuhu.. but still kita kena makan.. huhuhuhuhuhu

Sama jugak orang kaya yang tak lepas SRP kata, erm ko ni belajar tinggi tp tak dapat keje lagi, alahhh kalau keje pon nanti dapat gaji 2-3 ribu. Tgk aku yg tak lepas SRP pon gaji 5-6 ribu.... adakah salah seseorang itu berpeluang melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi tidak mendapat gaji yg tinggi hanya kerana beliau hanya kerja makan gaji.. dan adakah layak orang kaya itu untuk mengkritik pekerja yang makan gaji itu, hanya kerana hidupnya dilimpahi oleh kekayaan dan keberkatan oleh allah pada masa kini... erm masa depan kita masih tidak ditentukan lagi... entah tenggelam ke timbul.. astagfirullahhalazhimmm..

adakah ini semua berpunca daripada sikap iri hati ataupon ia terbit daripada sikap orang melayu yang suka memperlekeh-lekehkan orang lain.... Mana lah bangsa melayu nak maju.. huhuhu aku sedih, yelah sebab akulah mangsa yang telah dihamburkan oleh kata-kata itu... huhuhuhu

Adakah kita kena berserah segalanya kepada takdir.. adakah kita perlu melawan takdir untuk menentukan kehidupan kita kelak.. aku pon tak tau... lagi dulu sampai sekarang aku hanya mampu mengikut jalan yg terbentang, yang dah disediakan untuk aku tanpa bertanya KENAPA???... Entahlah .. tak terpikir lagi kot masa tu... huhuhuhu

But now.. which path yang aku nak pilih untuk jalan.... the safer path but it’s end with kekesalan sepanjang hidup???? The liku-liku path which has the happy ending???? Or back to the titik asalan????? Ermmmm........

Bakaneko.. meoww

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

23 years at 23rd Nov

Pejam celik.. pejam celik.. akhirnya sampai jugak waktunya.. menandakan usia aku telah bertambah lagi setahun… twenty three YEARS OLD AT TWENTY THIRD OF NOVEMBER …. Sound special... hehehehe sebab tak kan terjadi lagi benda ni selepas ni...

I guess inilah tahun terakhir aku tersenyum dengan menampakkan gigi taring aku.. hehhehehe FYI gigi taring aku yg di sebelah kiri telah ke belakang.. so sekarang aku menunggu masa je gigi taring yg disebelah kanan untuk ke belakang... berusahalah gigi taring kanan... so tidak lagi akan kelihatan senyuman aku yg mengandungi sesuatu maksud yang tersembunyi... hahhahaha

Entahlah dengar cerita, gigi taring ni mengambil masa yang lama untuk bergerak.. tapi pelik!!! Gigi aku cepat aje bergalihh.... erm maybe gusi lembut kot.. tapi kapla still lagi keras hahhahahhahah....

Erm pepagi aku bangun setelah di wish hepi besday oleh anak-anak buah aku melalui telefon, aku realise yang i like myself... not a perfect person, not sensitive, blurrr, an average person with breaces, a comic lover, a ‘budak getah’ die hard fan, keras kapla punya orang... and many more... sound like takde kelebihan langsung tapi boleh lah... cukup-cukup makan... FYI this is not part of positive thinking campaign.. okkk

PAGI YANG INDAH INI,
TERSENYUM SENDIRI,
CIAP-MIAP BURUNG, DILUAR JENDELA,
SEAKAN MEMANGGIL NAMAMU..

AKU TAK PANDAI MENGARANG PUISI,
TIDAK KU PANDAI BERMADAH BERSENI,
SATU KALIMAH YANG KU SEIKHLAS TAHU....

Pernah tengok tak iklan NIPPON PAINT... slogan dia ialah WHAT COLOUR ARE YOU ?... maybe it just a simple slogan... but bile kita pikir balik rasanya ia adalah sesuatu ayat yang membuatkan kita tertanya-tanya kat diri kita... apakah warna kita... adakah hitam, putih, biru, hijau, pink, creme or striking... is it everytime we deal with someone else we need to change our colour ? adakah ini dikatakan hipokrit or jaga hati...why don’t we just stay at one colour only??? Is it inilah yang dipanggil lurus bendul ataupun just trying to be yourself... OR adakah kita perlu mencampurkan warna-warna kita untuk membentuk satu warna yang lain??.. hermmm that interesting... jgn lupa diri sudah..

By the way.. alamak.. alamak.. aku dah makin tua.. macamana ni..hahhahhah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perbualan antara 2 beranak

Ini adalah perbualan diantara dua beranak tanpa tarikh dan masa yang telah dilupai.

Anak : mak.. mak aritu orang pegi Alamanda Putrajaya ngan angah n family dia..
Mak : ye ker????
Anak : erm.... angah belikan anak dia, dak dina ngan nana belon... orang pon apalagi sibuk ah perdajalkan budak tu.. sibuk melarikan belon tu daripada dak nana.. berlaku lah kejadian kejar-mengejar diantara orang ngan dak nana. Orang pulak masa lari tu tak pandang depan.. erm apa lagi tetiba dengar bunyi GONGGGGG n serta-merta terasa sakit kat bahu.. hahahahhahaha rupa-rupanya orang terlanggar tiang kat taman alamanda tu tengah-tengah orang ramai...
Mak : ahh????

anak : Rasa bergegar lah jugak alamanda tu masa orang terlangggar tiang seri dia... mesti orang kat dalam tu ingat ada gempa bumi...hehehe.. kak ina dah panik, sebab bunyi orang langgar tiang tu kuat giler.. sampai orang kat sekeliling pun pandang dengan pandangan tanda-tanya “ Are ur OK???”. Erm orang cepat-cepat bangun buat takde pape.. tapi sebenarnya sakit betul bahu masa tu.. n siap pikir nak buat-buat pengsan tak.. ke tak pon buat-buat hilang ingatan.. so takde lah malu sangat.. hahahah
Mak : erm nasib baik tak black out sekali alamanda tu.. yelah bukan calang-calang orang yang melanggarnya.( erm si emak pun berlalu tanpa apa-apa perasaan meninggalkan anaknya yang baru sahaja menyedari samada emaknya baru sahaja membuat lawak daripada kejadian yang menimpa anaknya)

So tamatlah di sini perbualan di antara mak ngan anaknya.
Moral : Kalau buat jahat tu cepat jek dapat balasannya.. hahahahhaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hari Konvo aku...

CHAOS.. CHAOS…CHAOS.. itu jelah yang aku boleh katakan apa yang terjadi masa hari konvo tu.. everything yang di plan kan tak menjadi… aku gi dengan baju batik warna ungu.. huhuhuhuhu tak yah berhabis duit pon masa hari konvo tu.. baju akak aku punya.. tudung akak aku punya.. aku pinjam jek…aku just provide badan aku and benda-benda yang lain…..

Perasaan GEMBIRA tetap adalah masa tu, yelah sebab dengan rasminya aku dah abis belajar and keluar dari UTM... perasaan sedih??? Tak terpikir masa tu sebab kelam-kabut nak buat semua benda hari tu jugak.. manalah nak amik gambar.. manalah nak gi hantar jubah n lepas tu nak pegi amik transkip.. n everything.. hari yang penat giler... petang tu jugak balik melaka.. sebab penat giler duk kat UTM ni.. finally aku realize jugak....

Aku tak jumpa nad, tak jumpa bah, tak jumpa esah.. aku just jumpa orang yang aku tak listkan nak jumpa.. tapi dah kira nasib baik jugalah aku jumpa kelly n meck... what a day.. ini jek yang aku boleh katakan hari konvo aku... segala maklumat lanjut silalah rujuk BAH nye blog.. OK.. segala tidak puas hati semuanya telah diluahkan di blog BAH. Aku sokong 100% apa yang BAH tulis tu... IDOP BAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 7

Balik daripada klinik, aku pon sibuk ah melayan darah yg keluar x henti-henti from mulut aku.. erm T.E.N.S.I.O.N.... dah lah sebelum wat cabut gigi tak gi makan malam, akak aku plak sibuk menapau sayap panggang n siap mengajak aku makan bersama-sama walaupun menyedari yg darah masih lagi mengalir di tepian bibir aku... aku bila dah mula nak melayan darah ni, erm memang dah tak ingat ape dah... eeeiiii geli lahhhh...... hilang semua selera makan... then ntah macamana ntah, aku terjaga pagi dengan kapas kat gigi yang still berdarah.. hahahhaha kusutttt... amazing???? Tak sangka aku adalah seburuk itu... boleh tido dalam ape-ape keadaan, huhuhuhuhuu menambahkan lagi satu sifat terpuji yang ada dalam diri aku.. hohohoho aku patut berbangga.. tapi sebelum tu, aku makan panadol... ermmm mesti effect dari panadol tu.. (dah panadol lak salah.. bijak tul manusia ini menuding tangan pada org lain... huhuhuhu fitrah manusia)

Today, acara aku adalah tengok tv sepanjang hari, bermalas-malasan and tunggu sampai kul 8.00 mlm coz nak gi pasang rel keretapi.. then pukul 8.00 malam itu pon menjelang tiba, berangkat lah aku n akak aku ke klinik itu dengan hati yang tiada apa-apa perasaan.. as usual lah...

Setelah tiba straight gi check in, n waiting nama dipanggil.... doktor pon start lah menggamkan besi-besi itu ke gigi aku... tak tau lah dia pakai gam ape?? Tapi gam tu lagi kuat dari gam gajah lahhh... erm cuba pikir ape yang lagi kuat dari gajah, erm maybe gam “______ “ ( p/s : sila isikan ruang kosong dengan binatang atau benda yang dipikirkan). Siap nak keringkan gam tu, guna SINARAN ULTRA VIOLET.. huhuhuhuhuhu menakutkan jek bunyinya..
Then doktor suruh pilih warna getah yang nak letakkan kat gigi, erm aku pon dengan lajunya memilih warna pink.. bukan pink yg terang dari satu batu boleh nampak but a very-very humble pink... dengan kata lain pink yang malu-malu kucing iaitu nak kata warna pink.. erm adalah sikit, nak kata warna oren... dah dia memang warna pink camne lah pulak leh tukar warna oren.... apolahhhh POYO..

Setelah siap memasang besi-besinya, kitorg pon berangkat pulang... masa ni relaks lagi but after 10 minit, erm dah mula terasa sengal-sengal kat gigi.. and after 30 minute dah rasa sakit-sakit kapla n after 1 hour dah mula rasa nak hentak kapla tu kat tembok.. hahahaha sepanjang malam tu memanglah panadol jadi my very bestfren... every 3 hours mesti amik panadol... erm sakitnya sampai tak boleh nak buka mulut, inikan nak bercakap.. mulut kitakan tak biasa lagi dengan besi-besi tu, erm ape lagi abis lah dalam mulut aku ni bengkak-bengkak... so nak prevent daripada besi tu mengguris, menggores sehingga menang mulut kita, silalah guna wax.. iaitu lilin yang diletakkan kat besi yang tajam tu... so bila bila besi tu kena kat mulut takdelah rasa sakit sebab ada wax sebagai bahan pelincir.. OK paham tak anak-anak murid sekalian????

Memula pakai besi ni, bayangkan lah seminggu tu hanya makan bubur kosong sahaja... ikan bilis pon takleh nak kunyah.. dia punya sakit.. hanya Allah je yang tahu... mak aku dah sedih-sedih tengok aku takleh makan.. hahahahahha yelah dia merupakan pembantu peribadi aku dalam menambahkan peratus kandungan lemak dalam badan aku, so setelah bertahun-tahun ia terjaga rapi tetiba kandungan lemak itu MAYBE akan terurai.. mestilah suasana sedih akan melanda.. erm kesian...

But life must go on.. benda dah terjadi, takleh nak ulang balik.... redha jelahh... biarkan ia pergi... go go chayo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 6

Today is Monday and at 8 pm, i need to go to klinik gigi untuk cabut 2 buah gigi di bahagian kanan mulut pula.... (T_T) huhuhuhuhu erm da lah sakit kapla sebab gi jejalan kat sogo tgh-tgh panas.. erm terasa berat pulak nak pegi cabut gigi, yelah takut ada effect ker kat badan kita.. but aku pegilah jugak... PASRAH..sampai-sampai kat klinik, straight kena panggil masuk.. terus jek bius gigi n cabut gigi by doktor lelaki... erm rupa-rupanya terdapat perbezaan jugak klu kita wat treatment ngan doktor lelaki ngan doktor pompuan.. erm doktor lelaki ni adalah ganas sikit caranya nak mencabut gigi aku n membiuskan gigi aku.. masa bius ada terasa lebih sakit sikit dr doktor hari tu.. erm dasar lelaki.. Ganasss but funny.. yelah dah lah lepas cabut 2 btg gigi aku.. pastu dia buat nada panik pulak, “ Alamakk.. saya tersalah cabut lah. Kena cabut lagi gigi awak..” huhuhuhu panik kejap aku masa tu... erm tak tau lah klu betul dia salah cabut.. aku saman dia kat mahkamah... erm nasib baik dia kata just joking.. sebab tgk muka aku da hijau semacam jek.. hahhahahhahahah then masa nak mula cabut gigi aku... dia kata “ erm relaksss.. kalau awak terasa sakit masa saya cabut gigi awak, bagitahu saya tau ???”... erm aku pon berkata dlm hati” Aik da bius aku 4 kali pon tak kebas lagi.. ni reti ke x reti bius ni !!!!” aku ada perasaan sedikit bengang masa tu.. hahahhahah but luckily everything berjalan dengan lancar..... hohohoho nasib baik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 5

Today is Saturday... today i need to cabut my G.I.G.I... not 1 but 2 gigi yang sihat sejahtera dan comel-comel belaka.. gigi yang terpilih ialah gigi baby geraham atas and bawah bahagian kiri.. memula jumpa ngan orthodontist and doktor pasangkan besi kat gigi atas ngan bridge nye.... bila pasang bridge rasa susah nak telan something... sebab lidah kita terganggu coz ada besi melintang kat dalam lelangit kita... sebab bila kita nak menelan, lidah kita kan naik ke lelangit. So memang rasa pelik...

Then menunggu doktor lain untuk mencabutkan gigi kita... erm masa menunggu ni memang lah cemas giler.. takut sangattt.. yelah dah lama tak kena cabut gigi and kena inject kat gigi.... ah takut..

Then nama aku pon kena panggil... walauuu wehhhh... it’s show time.... memula doktor inject gigi... arghhh sakit tull.... 4 kali kena inject.. tapi kena inject kat lelangit paling sakitlah....doktor memang dah bagitau awal-awal yg kat lelangit mmg paling sakit sebab lelangit kita keras.... masa kena inject, aku tahan sakitnya sampai pejam-pejam mata.. then doktor pon cakap.. “ relaksss fiza, buka mata... nak cantik kenalah tahan sakit sikit...” aku rasa ayat ni dah jadi magic word sepanjang aku memakai rel keretapi ni...

then buat scaling gigi n after that cabutan gigi pon dibuat... gigi bawah bahagian kiri terpilih untuk dicabut dahulu.. tak rasa apa pon masa cabut sebab gigi dah kena bius... just rasa gigi digoyang sambil kepala dipegang oleh pembantu doktor... paling malas nak layan darah yg keluar dr gigi.. tensen giler... da lah geli nak telan air liur beserta darah tu..
eeii loya n rasa tak sedap.. erm bila gigi dah cabut, kesan biusnya tak hilang lagi.. erm apalagi, kalau tak perhatikan kapas kat gigi, kita tak perasan darah n bercampur air liur mengalir dr mulut kita... hahahhahahha memalukan sungguh.. nak-nak kita tak bawak tisu.. 2 X memalukan.... hahhahahha.... yelah dah kita takleh nak kontrol mulut kita masa tu.... i feel numb.... menggelikan org tgk jek... hohohohoho

sebelum cabut gigi kan doktor pasangkan besi kat gigi atas.. erm besi kat gigi atas bhgn kiri menyebabkan bhgn pipi kiri dlm mulut aku luka and pedih.. waduh-waduh berdenyut-denyut.. mengalahkan sakit cabut gigi.. (T_T) so bila ngunyah makanan mestilah kunyah kat bahagian kanan gigi, sebab gigi sebelah kanan belum kena cabut.. so bila start mengunyah kekadang tergigit bahagian sebelah kiri dalam pipi... erm terasa cam tengah makan daging sendiri jek sebagai perencah dalam makanan... huhuhuhu

lepas cabut gigi.. aku, kakak aku n anak-anak buah aku pergi umah mak ndak aku.. sampai jek kat umah mak ndak aku, dia tanya , “ tak sakit ker???” erm aku ceritalah betapa sakitnya gigi aku ni... then dia pon cakap “ erm nak cantik .. kenalah tahan sakit sikit ..” kan aku dah cakap.. ini adalah magic word yg selalu diulang-ulang sepanjang aku pakai rel keretapi... hish..hish..hish...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kelakar ke tak????

Erm aku suka tgk cerita korea FULL HOUSE, tulah kerja aku tiap-tiap mlm. Erm cerita ni mengenai lelaki n pompuan ni kawin kontrak walaupun baru berjumpa sebab nak hindarkan gosip plus patah hati. Yang menjadikan cerita ni best ditgk sebab diorang ni selalu bergaduh sesame sendiri. Very exciting….. biasak ah manusia, kalau bab-bab gaduh ni ramai jek penontonnya, dasar caring. Nak dipendekkan cerita, pompuan ni suka lah sesangat bercerita cerita yg lucu but, lelaki tu tak penahlah rasa kelakar ngan cerita pompuan tu, kena marah balik adalah.. Erm pelik... but aku rasa pompuan tu pandai buat lawak, kelakar giler.. sehari semalam aku tersengih kalau teringat cerita lawak dia.. hehe. One of the story yg aku suka ialah cerita mengenai sang kura-kura and si arnab. Ceritanya camni:

Pada suatu hari sang kura-kura berlumba lari dengan si arnab. Walaupun si arnab telah jauh tinggalkan sang kura-kura, tetapi sang kura-kura ni tetap tidak berputus asa untuk mengejar si arnab. Sang kura-kura berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu. Tetiba semasa sang kura-kura sedang berlari, dia ternampak si siput juga sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh berlari. Sebab kesiankan si siput tu, sang kura-kura pun berkata kepada si siput,

Sang kura-kura : Hei!! Marilah aku mendukung ko, and kita sesama lari ke garisan penamat.
Si siput : erm boleh jugak.

So, sang kura-kura pun meneruskan lariannya, still dengan bersungguh-sungguh dengan si siput diletakkan dibelakangnya. Tetiba dia ternampak sang ulat pulak yang sedang berlari dengan berusahanya. Dia pun menegur sang ulat.

Sang kura-kura : Hei !!! kesian ko, mehlah aku bawak ko and kita sesama berusaha berlari ke garisan penamat.
Sang ulat : erm bagus jugak idea ko tu....

Sang kura-kura pun meletakkan sang ulat dibelakangnya bersama-sama dengan si siput. Si siput pun memandang kepada sang ulat dan berkata......

Cuba teka apa yang si siput cakap ????? bagi masa 10 saat.... 3..2...1... ok dah???

Si siput pun cakap, “ Ulat pegang kuat-kuat, sebab sang kura-kura ni lari dengan laju betul..... “.

Heheeheehehhe sepanjang hari... kelakarkan??? kan??? Kan???? Erm ape!!! tak kelakar???? Erm kalau ko rasa tak kelakar, ko memang pelik orangnya!!!! P.E.e.L.i.i.i.k.k.K.k!!!!!! (^O^)

p/s : cerita kura-kura ni bukan sebijik sebotol cam dlm cerita tu... aku da ubah ler sesikit.. hehehhehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 4

Lepas seminggu, pegi balik klinik… doctor keluarkan getah yg annoying tu.. erm memang ada ruang antara gigi… erm berjarak jugaklah antara gigi geraham besar and baby geraham… what a miracle…..

Then doctor letakkan besi yang dibuat berdasarkan acuan tanah liat tu, kat 2 gigi geraham bahagian bawah… untuk memasukkan besi tu kat gigi geraham, doctor letakkan cam spatula but tajam hujung nya ( tak tahu nak panggil apa benda tu, tapi doctor gigi selalu guna untuk check or cungkil something dr gigi kita) kat besi tu and needs me to gigit kuat spatula tu then besi tu masuk sendiri.. erm takut jugak masa tu.. manalah tahu, tersalah gigit and tersasar then terkena gusi…. Walauu weh.. tapi doktor tu terel, so mesti takkan jadi macam tu. Huhuhu nasib baik...

After that doctor ambil balik acuan bagi gigi atas.. maybe acuan hari tu tak bagus kot sebab bagi bahagian atas gigi aku, kena buat extra procedure sket… kena tambah bridge antara gigi geraham atas sebelah kanan and sebelah kiri…. Kenapa???? Erm doktor dah terangkan banyak kali, kenapa nak letakkan bridge.. but aku jek yg tak paham-paham... lambat sket.. bukan sikit.. banyak sebab sampai sekarang pon aku tak paham lagi...

Then that’s it untuk minggu ni, just tambah besi kat 2 gigi geraham bhgn bawah, letakkan getah balik kat bahagian gigi atas sebab acuan gigi bhgn atas tak siap lagi n heading home…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 3

Hari ini adalah hari membuat acuan gigi... nampak macam mudah tapi sebenarnya agak susah... bayangkan sekepal tanah liat diletakkan didalam acuan gigi dan dilekapkan di gigi kita.. bagi gigi bawah memang mudah.. tapi bila diletakkan di gigi atas, doktor dah nasihatkan dulu..” jangan panik, bernafas macam biasa “...

Memanglah kena coooll jer masa amik acuan bahagian atas... sebab terasa macam sesak nafas n kalau panik, rasa macam nak muntah....

After amik acuan, doktor pon meletakkan 8 getah kat 4 biji gigi geraham, sebab nak adakan ruang coz nak letakkan besi kat gigi tu sebagai TIANG SERI... haha.. erm bila dikatakan letak getah, rasa macam simple gila kerja ni... tapi ya ampun.. sakitnyeee sampai tak leh nak mengunyah makanan... aku kalau dah penat nak tahan sakit tu, aku telan jek nasi yang ada. Klu nak hancurkan makanan, pakai jek gigi depan... agak-agak dah hancur, aku terus jek telan... hahaha

Pakai getah ni, rasa macam ada daging terselit kat gigi, tapi tak dapat nak keluarkan.. what an annoying thing… doctor pesan jugak, klu sakit.. telanlah panadol… erm bayangkanlah siap suruh telan panadol erm betapa sakitlah gigi masa tu… kakak aku cakap ni baru jek sakit sikit, lum lagi pakai besi…. Waduh-waduh ntah macamana sakit agaknya.. huhu.. tapi memang sengsara tul pakai getah ni..

Petang tu pegi jln kat The Mall ngan akak, abg aku n family dia... erm masa aku tgh sakit gigi nilah abg aku nak belanja Pizza.. erm tak pedulik... sakit ke tak aku telan jek pizza tu... hohohohoho... erm kakak ipar aku tanya, sakit tak??? Erm aku ckp, memang sakit tapi nak cantik kenalah tahan sakit.. hohohoho... benci jek org dengar aku cakap... but it’s true what !!!! tgk omputih wat plastik surgeri, sengsara idop diorg... itu semata-mata nak cantik jek!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 2

Pegi wat X-ray gigi kat hospital Tawakkal kat jln pahang... kena amik X-ray bahagian sisi and depan gigi... erm aku pelik tgk tukang amik x-ray menekan butang x-ray dr luar bilik... maybe dia tak nak kena bahan radioaktif kot... after x-ray, terasa pening-pening lalat sebab bila amik x-ray dr bhgn sisi ada benda kena masuk dlm telinga.. ada rasa tak sedap sikit... and rasa loya...

Tapi lepas x-ray, aku ngan kakak aku meround satu kl, semata-mata nak cari lampu nak letakkan kat living room rumah dia... erm dr sungai besi ke IKEA.. then balik umah lepas jumpa lampu yang dia nak.. finally....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

The 1st job…

Erm setelah lama memberehatkan n menggajahkan diri, aku pun decide nak keje sambilan kat hukm. Aku dapat info, café kat situ nak pakai pekerja drpd member aku yg bekerja kat situ. So kitaorg decide nak cuba nasib kat situ. Yelah saje jek nak penuhkan masa yang terluang. But now I already resign from that job. It’s hard to resign you know. Sedihhh... Sebab keje kat situ mmg best. Yelah kerja ngan bebudak yg bawah umur & baru abis sekolah, memanglah perangai kita jadi bebudak jugak.. it’s far from the educated thing .. you know.. tak payah lah bersusah-payah memikirkan logik n teori-teori yang terdapat macam dalam buku-buku tebal tu.. just go with the flow... n be yourself..

Apa jawatan aku kat situ???? Huhuhuhu as junior cashier... it’s fun when we had a chance to meet people with the different kind, race, desease, pangkat & whatsoever. Aku dok kat situ, asyik study je people behaviour. Erm pesakit ni camni... erm doktor camni perangai nye... erm everything dr hujung rambut ke hujung kaki... erm kalau dah jenis mamarazzi, mamarazzi jugak... hahahhahahah

Tak kurang jugak yg memandang rendah kat kita ni.. yelah just ‘cashier’ mesti bukan belajar tinggi... & org-org kat situ kan belajar sampai ke U, erm senang jek nak pijak n pandang rendah kat kita... erm memang berlagak sungguh bakal-bakal doktor kita ini.. erm hancur semua the good thought about doctor in my head.. yelah dr kecik kita ni di brain wash yg doktor ni seorg yg mulia, baik n whatever... tapi sebenarnya diorang ni just a normal person like us jugak.... ada yg nakal, baik, bengong, mulut jahat n bijak gila membengangkan org, n ada yg jenis tau dia jek yg betul.... ada sorang tu annoying sungguh budaknya.. hish tensen aku kalo dia nak bayar kat counter aku.. semua benda dia nak beli, dia tanya kita dulu.. nak letak dlm ape, boleh ke dalam ni, ni kuah dia ker???? Arggghhhh tensen aku... memang tak salah bertanya, tapi jgnlah sampai buat org yg ditanya tu tensen n rasa macam nak marah semua org kat dalam cafe tu... tak dapat bayangkan kalo aku dok serumah ngan dia... erm tak payah bayangkanlah, nanti aku dapat mimpi ngeri plak malam karang...

Kenapa aku berhenti????? Erm panjang cerita nya... Apa ??? Pendekkan ??? erm kalau nak pendekkan, erm Dragon ball ada 7 biji semuanya. Itulah dia ceritanya setelah buat ringkasan... erm kalo dah ckp ‘pjg ceritanya’ maknanya malaslah nak cerita.... nanti hari pon malam, cerita tak abis-abis...

Erm setelah 2 bulan aku bekerja kat situ, it’s time aku mengangkat kaki aku sendiri... just have to move on.. but it’s a good job though, yelah ada geng satu kapla, buat ‘ketupat, lemang n rendang’ sume buat sesama. Nak cari geng yg sama kapla ni bukan senang tau... ermm sayang tul nak tinggalkan situ... but i had to... it’s a must.... so sekarang aku rasa dah cukup dah aku study about people at that place, da boleh buat kertas kerja... hahahahahha

Memories???? Aku tak tau lah benda yg terjadi ni, aku nak kategorikan dlm ‘good or bad memory’... kekadang aku ditugaskan jaga cafe kat tingkat 7 sensorang. Akulah yg buat air, akulah yg mengemas, akulah everything tapi tak masuk basuh pinggan .. sebab tu mat bangla yg buat ok!!!!.. hari tu betul-betul aku nak teerkucil... penat menahan, tetiba dtglah sorang customer ni. Agak berumur, maybe 40 something...Dia order teh tarik n tunggu kat meja makan... aku plak buat ah air nya sambil melompat-lompat kat dapor sebab nak menahan terkucil.. hahahhahah... aku hantar airnya n tanya dia whether dia kisah ke tak, aku nak mintak tolong dia tgkkan counter cashier aku sekejap, coz aku nak gi toilet... dia ckp tak kisah.. just tengok saje kan??? so aku pun pegi ah melepaskan hajat.. hahahahha

Balik jek kat cafe dgn senang hatinya sambil menyanyi-nyanyi kecil, aku terperanjat tgk kwn aku tgh tunggu aku sebab hantar makanan tengahari dr cafe utama. Dia tanya sapa yg angkat telefon tadi... suara lelaki... erm aku ckp customer tu kottt.. erm baiknya siap tolong angkat telefon & explain kat kawan aku yg aku pegi toilet... setelah dua minggu berlalu, tetiba keluar berita yg berlaku kecuaian dlm hospital ni & the pengarah need to give explanation about that case.... tup.. tup.. the pengarah is someone that look very familiar to me... erm that was the customer yg tolong aku jaga cafe n angkatkan telefon aku... hahahahaha aku hanya boleh ketawa sambil tercengang-cengang.... so i wanna ask you whether it’s the good or bad memories??????? Hahahaha nasib baik aku siap belanja dia minum & makan kuih sebab tolong aku jaga cafe kejap... dia siap tergelak sebab aku belanja dia.. erm patut pon dia gelak.. aku siap belanja pengarah tu....

Bengongnya dak apis....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 1

Orang kata jangan mengubah kejadian Allah.. berdosa... kalau ia adalah 2 batang gigi yg agak tidak normal, adakah kita ingin mengubahnya ????

Aku plak penatlah termenung memikirkan samada aku nak buat gigi besi ke x??? Tu tak pikirkan lagi kesakitan yang perlu dihadapi... Aku pening.. kengkawan aku ramai yang tak bagi aku memperbetulkan gigi aku ni.... sweet diorg cakap... ye ker?????? Erm maybe diorg dah biasa tgk aku ngan gigi aku.. Tapi aku tak dapat lagi buat keputusan.... last-last aku ikut jek cakap kakak aku.. yelah dia jugak yg beria-ia menyuruh aku buat breaces.....

Then the appointment with doktor ditetapkan pukul 8.00 mlm... sebelum doktor check aku bagi tau kat dia yang gigi aku ni kompleks...then doktor pon check and bile dia selesai check gigi aku dia pon kata, “ erm gigi awak memang kompleks”... erm kan aku dah kata.... then dia suruh pegi wat X-ray untuk gigi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

ALKIMI..

Kita pernah berkata “ apa akan berlaku kalau kita mati di sini...?”
Erm, semua orang akan menjadi sedih.
Tetapi itu cuma pada orang yang mengenali kita. Pada masyarakat, kematian kita langsung tidak akan memberi kesan kepada mereka. Kehidupan tetap akan diteruskan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kalau kehidupan kecil seperti saya mati, yang tinggal hanyalah badan sahaja.
Air, karbon, ammonia, limau, fosforus, nitrat, sulfur, florida, magnesium, zat besi, mangan, aluminium dan silikon.
Tubuh kita terdiri daripada semua bahan-bahan itu.
Ia kemudiannya akan musnah dimakan oleh bakteria dan bertukar menjadi baja kepada tumbuh-tumbuhan.
Tumbuh-tumbuhan itu pula akan dimakan oleh haiwan vegetarian.
Kemudiannya daging haiwan itu akan dimakan oleh haiwan pemakan daging.
Ianya akan menjadi suatu kitaran yang berterusan.
Aliran kehidupan, ianya terlalu luas untuk dilihat dengan mata kasar.
Kita adalah sebahagian kecil dari aliran kehidupan. Ya, kita sebahagian darinya.
Seluruh alam semesta ini pula adalah terbentuk dari gabungan semua bahagian-bahagian kecil itu.
Kita semua hidup berdasarkan pada peraturan alam semesta yang tidak terkira.
Kemusnahan dan membina objek berdasarkan pada peraturan itu.
Itulah yang dipanggil sebagai ALKIMI.
p/s : dipetik daripada komik Fullmetal Alchemist.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

My Friend.. Ama

Erm I’m back again… finally setelah lama menyepikan diri.. hehe..

Guyz tau tak… ingat tak kawan aku yg sakit masa kita tgh sibuk masa buat psm… erm dia dah takde dah… baru jek, 14/6(selasa) ari tu… masa tu aku br balik dr keje sambilan dlm pukul 8.00 malam n bersiap nak balik kg sebab nak pegi mahkamah esoknya sebab jadi saksi kemalangan motor masa praktikal dolu.. tgh mandi member aku ckp ada mesej so aku suruhlah dia bacakan...

Ayat yg tertulis kat dalam mesej tu “ Ama baru saja meninggal dunia”, member aku baca n sambil tergelak.. yelah ingatkan benda lawak... aku bila dengar jek straight tak tau nak buat ape... blankkkkkkkk.... tak tau nak nangis ke? atau nak ketawa ke? Erm aku pikir sepatutnya bila ada org meninggal kita mesti menangis kan.... i don’t know what to do... really... tetiba aku menangis... sebab aku rasa itu jek yg aku boleh buat...

I claim myself as a friend but when a friend need me to support him, i’m not there.. what type a friend am i... and i’m just lost my friend, sadly i’m felt nothing.... nothing.... how can i call myself a friend to a friend like her....

Bile tau hal tu straight aku turun bawah sebab kakak aku dah tunggu sebab nak antar aku balik kg.. masuk jek kereta aku straight jek pinjam hanset dia, dia tanya kenapa? Aku ckp kawan aku da takde.... sebab dia tau cerita pasal kawan aku tu... sepanjang jalan balik kg, aku just nangis jek, da lah malam tu pun hujan renyai-renyai, lagilah sayu hati aku... aku tak tau nak buat ape???? Honestly, aku menangis bukannya sedih sebab dia dah takde, tapi aku sedih sebab aku takut, aku akan lupakan dia nanti... macamana dia ketawa, bercakap.. everything.... adakah aku pentingkan diri aku sendiri???

aku tak dapat terima kenyataan lagi yg dia dah takde.. aku br jek tgk dia sebelum aku gi keje.. dia boleh gelak ketawa lagi.... but how come it’s end like this... it should end like .. happily ever after,, thing!!!! ...

Aku br jek janji nak belanja dia bila aku dapat gaji nanti.. aku rasa bersalah ngan kengkawan aku yg lain, yelah masa sedih tu aku takde ngan diorg.. i felt really-really bad.. sori guyz.. very2 sori..... tulah tak bawak hanset lagi.. i’m felt terrible.. huhuhuu

Kawan aku tu sakit... erm family dia kata kena santau... n bila da teruk dia kena SLE pulak... erm masa aku gi melawat dia, for real dia memang boleh ketawa... memang lah dia terlupa nama-nama antara kitaorg... tapi dia ingat nama aku, siap gembira nampak aku n nak peluk aku.. semua kengkawan aku terperanjat n dengan aku lah sekali... pelik bin ajaib.. jgn ckp kengkawan aku, makcik dia pon terperanjat tgk dia gembira, siap tanya aku ni besfren dia ker??? Tapi kitaorg semua bestfren takde yg special....

Maybe lah sebab kitaorg dah lama tak jumpa.. bz of course... but bila dia sebut nama aku, aku da rasa lega n hope that dia memang akan sembuh.. aku tak risau sgt walaupun masa kitaorg melawat dia, aku dah tak kenal dah itu dia... berubah betul....

Bila aku nangis, kakak aku, juwita n family aku semua cakap, baguslah dia dah takde... maknanya Allah sayangkan dia. Allah tak nak dia hidop sengsara lagi... but really masa aku melawat dia... dia memang dah baik, boleh ketawa n everything..... aku just tak boleh terima kenyataan lagi.... not yet... for now i think, aku dah takut da perkataan reunion..

Bila kenang balik masa dok asrama dolu, dia selalu jek marah n membebel kat aku sebab selalu jek semayang asar lambat. Yelah... lepas balik prep petang tido dolu smpi tak ingat dunia n da pukul 7 barulah sibuk nak angkat air semayang... mesti bertembung ngan dia br abis makan kat dining hall.. membebel jek... bisingggg

Erm lagi satu masa kitaorg nak gi outing kat bandar melaka... tgh2 jalan gi bustop tetiba nampak bus, apo lagi kelam-kabut lah kitaorg semua berkejaran nak naik bus ngan baju2 outing nye.... bila da sampai kat bontot bus tu, driver tu sibok2 nak tekan minyak.. apo lagi Ama ngan pro nye pon menepuk-nepuk bontot bus tu sekuat hatinya.. hahahahhaha
Padan muka bus tu.... sakit bontot.. :p

Bila difikirkan balik, siapa kata usia yg muda tidak akan mengalami kematian. Semuanya telah ditentukan. Kita tak tau bila ia akan berlaku dan di mana. Apa yg kita perlu buat ialah bersedia mentally n physically kerana ia akan berlaku bila2 masa sahaja. Maybe bukan kita tapi orang di sekeliling kita. So guyz, behave yourselves... hehe

Erm kat sini aku nak bagi tau kalau ade sesape yg kenal arwah MUKARROMATILLAH BINTI BUNYAMIN yg dolunya sekolah kat Munshi Abdullah, erm dia dah takde... al fatihah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Masa Yang Berlalu...

“ Masa berlalu dengan begitu kejam ke atas …”

Pembelajaran menggunakan ayat di atas pada masa dan situasi yang sesuai serta mengikut syarat yang telah disenaraikan.

1. baris ayat di atas boleh diucapkan dengan hanya perlu menambahkan ‘nama’ seseorang di akhir ayat. Ini adalah syarat yang paling penting.


2. untuk menambahkan kesedapan menggunakan ayat ini, seseorang perlulah berada di dalam sesuatu situasi.

3. Situasi yang paling best sekali ialah apabila seseorang itu sedang melihat album-album atau gambar-gambar lama. Tak kisahlah gambar family atau rakan-rakan ataupun gambar diri sendiri. Yang penting di sini ialah di dalam gambar tu mestilah ada perbandingan dari masa zaman tok kaduk ke zaman sekarang. Sekiranya terdapat improvement di antara zaman-zaman tu... kita bolehlah melafazkan “Alhamdulillah” sambil melepaskan nafas keluar dan memuji-muji keagungan Ilahi. Tetapi sekiranya sebaliknya yang berlaku.... naaaa inilah masanya kita mengungkapkan ‘the magic word’ diikuti tergelak besar sambil menggeleng-gelengkan dan menganggukkan kepala ikut kesesuaian. Tak kisahlah nak ketawa ngan low node ker, high node ker yang penting di sini ialah bernada jahat.. marilah kita berlatih.. hohohohohohohoho

4. Situasi yang kedua best ialah semasa kita tengah gi jejalan atau membeli-belah walaupun takde duit tetiba terserempak ngan kengkawan lama. Tak kiralah kawan masa tadika, sekolah rendah, menengah, teknik, sekolah sains, mrsm, kolej, universiti atau kawan semasa praktikal.. masa terserempak tu mesti kita membuat perbandingankan?? (bohonglah kalau ada orang kata masa tersempak tu buat-buat tak tahu, straight jek jalan. Itu bukan kawan namanya, itu orang kebanyakan namanya).. setelah dapat keputusan daripada perbandingan tersebut, sekiranya ok ucaplah Alhamdulillah sekiranya sebaliknya setelah selesai berbual dengannya dan memulakan langkah 2 , 3 tapak ucaplah the ‘magic word’ dengan perlahan dan penuh sopan-santun sambil tertawa kecil tapi still bernada jahat. Marilah kita berlatih... hihihihihi.....

5. Selalunya perkara yang gembira lebih seronok sekiranya dikongsi bersama orang yang terdekat dan untuk menggunakan ‘magic word’ di atas, syarat yang perlu dipatuhi ialah orang yang terdekat itu mestilah sekepala ngan kita. Yelah tak best lah pulak syok-syok bergelak ketawa tetiba ada jek suara yang menegur ‘ tak baik ah korang ni..’ potong stim jek!!!

Sebenarnya ayat kat atas tu bukan nak kecikkan hati sesiapa inikan nak mengutuk. Ayat tu apabila digunakan sebenarnya ia membuat kita mengimbas kembali masa lampau kita sekaligus mengimbau masa-masa dahulu yang penuh ngan suka dan duka samada dalam berkawan, family or anything. Nothing bad about it. Got to think the +ve side.. tak cuba memang tak tahu, cuba dulu baru tau kesannya (ayat ini daripada tukang ubat kat pasar malam). So selamat mencuba hohohohoho....

p/s : Ayat tersebut didapati daripada komik shin chan yang dituju khas kepada ibunya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

polis wanita

Woit semalam(9/4) aku rajin gile tgk berita pukul 8pm. Apo lagi mesti ah bulletin utama.. haha ada benda yg interesting dlm berita tu... dia tunjuk dlm slot2 pendek jek..

Tajuknya.. 100 wanita Tehran(iran,agaknya....) tamat kursus menjadi POLIS... wuiyoooo dia punya review memula tunjuk polis pompuan pakai baju jubah n tudung bulat warna hitam sambil bawak pistol or senapang n tengah berkawat... walauu weeeeehh.. dahsyat siott.. pakai jubah tu n siap tudung bulat.... erm mesti kalau kat sini.. takde org boleh terpikir pon yg jubah n tudung bulat tu boleh dijadikan pakaian seragam... erm kecuali sekolah agama lah..

Dahsyat.. dahsyat.. dahsyat... tapi yg menambahkan lagi kedahsyatannya siap ada gambar polis-polis pompuan tu.. turun dr bumbung guna abseling( hahaha aku tak reti nak eja benda ni.. minta maap bebanyak.. malas nak bukak kamus.. kalau nak tolong betulkan.. boleh gak.. hehe) tapi secara ringkasnya polis tu turun dr bumbung bangunan yg adalah dalam 4 ke 5 tingkat dengan memakai baju JUBAH n TUDUNG BULAT HITAMnya menggunakan tali.. alahhh macam yg selalu pasukan SWAT buat kalau dia nak ambush org jahat yg ada dlm bangunan.. siap lompat-lompat kat dinding tu... Wahhhhh it amazing men...... sugoiiiiii

Erm terel gile diorg... erm aku tak dapat bayang kan kalau diorg turun dr bumbung tu guna kaedah abseling tapi kepala kat bawah.... erm enteresting.. enteresting....

Mungkinkah ini salah satu daripada kaedah penyamaran????... yelah manalah ada org suspect diorg tu polis, kalo nampak ada org yg pakai baju camtu tgh memanjat atau menurun dinding umah... lagipon pistol boleh simpan dalam poket jubah atau bawah tudung.. ermmm what a good idea.... sape yg bagi cadangan buat uniform ni... aku tabik spring gile kat dia..... toing... toing...toing...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

finally.....

haha finally... aku akan balik umah, selama-lamanya.... in other words.. aku da nak grad.. hahahhahah aku gembira... alhamdulillah.... it's over then... got to move on to the other level... hahaahha

erm ari sabtu(2/4) my parent n sista datang jemput aku, n menolong aku mengangkut sume brg aku kat utm.. erm penuh satu kereta brg aku… bila brg da abis aku pun pegi ucap selamat tinggal kat bah n nad… ntah bila lagi boleh jumpa korang ek???

Lepas tu straight heading home… bila nak kuar dari utm… fikiran aku blank.. taktau nak pikir ape.. just thinking “what the thing that i’ll really misses when i left utm???”.... is it the student??, is it the lecturer???, is it the utm itself????, is it the kolej 9 kiosk???, Is it the cafe???, Is it the burger yang bersaiz king??? Is it the kebab daging at pasar tani???, Or it is me with the title student attach to it..... erm tak tau nak jawab ape... blank again...

Then come other question, “what the thing that i really regret sepanjang aku jadi student kat sini???” erm mmg banyak yg aku regret bermula dari aku jejak kaki kat utm lagi.. but kita tak boleh nak putar balik masa.. just gotta follow the path that create just for you... and added it with bitter n sweet... and i believe that, the path that i’ve been follow is the best path that has created.. though it’s not has many happy memories, what the heck !! i will cherish it 4 eva... huhuhu

sepanjang perjalanan balik umah aku tido jek dlm kereta.. yelah malam tu tak tido, sibuk burn anime dr syira.. tq syira.. parent aku decide nak berenti kat kawasan R & R pagoh.. saje jek nak rehat.. aku malas nak mengikut... tido jek dalam kereta, da tak pedulik da, ngantuk punya pasal.. tak kira kakak aku parking kat dpn ramai org ke ape-ape pon... da lah aku duduk kat sit depan.. erm entah macamane buruk lah aku tido mase tu... erm....

sampai kat umah lebih kurang pukul 6.30 petang... “Tadaima......” ,aku just ckp dlm ati.... “okairi....”jawab sendiri jek....

“tadaima” ni dalam bahasa jepun... makna nya “saya da pulang” n bila someone ckp tadaima, org yg dengar n ada dalam umah tu mesti jawab “okairi”....

Bila sampai umah, sume family aku ada kat umah.. erm meriah ah.. n malam tu makan spesial aks sikit.... saje jek, sebab ramai org kat umah... erm bestnya duduk kat umah!!!!

Kat sini aku nak ucapkan terima kasih kat bah sebab belanja aku makan kat stulang n bayar sewa kereta.. tq bah..haha biasak ah org br dapat biasiswa... makcik kayo!!!!... n sanggup bersabar ngan aku sebab aku ni memang garang kalo tgh wat keje or tgh tension... n sori 4 everything...

tq n mintak maap banyak2 kat esah sebab selalu tlg aku n selalu kena buli ngan aku walaupun ko melawan balik...

tq kat fara sebab bawak kereta n moto tanpa jemu... n selalu jadi tukang mengambil oder dr aku iaitu org yg paling pemalas nak pegi cafe( satu masa dahulu, skang aku da rajin.. hehe.. adalah sekali dua aku malas.. tak percaya tanya dak apis.. :p)

tq n mintak maap bebanyak kat nad sebab bersabau jek dgn aku selama kita berkawan.. hehe aku tau aku ni bnyk benau sifat buruk... tapi ko ape kurangnya... ehehheheh.... jgn marah ek??? Ko garang la beb... takutttt

tq n minta maap bebanyak kat ema, kalo ko terasa hati.. tapi ape yang aku buat semua tu utk kebaikan ko jugak... erm ini dari sudut pandangan aku... pull yourself together.. ganbate..

syira... tq bebanyak pasal kereta ko.. da bnyk berjasa dah kat aku.. nanti dtg ah jejalan kat umah aku...

hajar.. tq ah sebab selalu jadi driver.. yelah aku kan tak reti bawak kereta.. harap lesen je yg ada... erm hampeh..... ahhh tq pasal selalu bg pinjam moto... erm moto aku tau bawak.. haha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

kisah pc aku..

em biasa lah kan kita letak password masa nak login windows.. manalah tau satu hari nanti benda tulah yang yg menyusahkan aku dan mendatangkan suasana panik kat esah ngan nad.. erm bukan aku ekk.. diulang semula, bukan AKU...( hei bukan aku tau!!!!)

tengahari tu aku guna komputer n surfing.. icon untuk update windows asyik keluar jek.. aku da naik tension daa.. aku pun dgn selambanya tekan aks icon tu..

"Windows is updating your system"
apis : erm... ok..ok..
abis tu dia downlod something..download..download..download.. lagi.. dan lagi..dan lagi bla.bla.bla

lepas da abis suruh aku restart pc. aku malas nak layan.. nanti aks, sebab aku tgh wat keje.. da petang br aku tutup pc.. malas lah nak restart.. da rehat n .. hari pon malam.. aku pon on lah balik pc.. sampai kat nak masuk password login.. aku pon masukkan password aku yg biasa tulah.. takleh plak siap kuar skrin hitam n pop-up menu ckp yg ada masalah ngan admin...

masa kuar skrin hitam ni, nad ngan esah siap panik2 ..
nad : pc ko kena hack!!!!!!(dengan nada yang menjerit dan terperanjat gile.. ini boleh dilihat dimuka nad dgn jelasnya)
esah : a'ah pis, pc ko kena hack!!!!!
apis : ah (tengah pikir jap n sambil try masukkan password yg lain)...
nad: kalau akulah mesti aku da panik2 n nangis
apis: ek tak pelik ker.. takkan pc kena hack masa pc kita off..
esah: cammane ngan psm ko??? ada backup??
apis: entah.. aku rasa aku tak wat backup.. (aku masa ni da tak pikir ape2 da..)

bebudak ni bukan nya nak menolong tenangkan ati aku.. tapi diorang yang panik dolu.. disebabkan diorang da panik, aku pun tak sempat nak panik.. still cool lagi.. hahahha

abis aku try masuk password yg tentunya memang salah, hanya keluar mesej "are you forget you password".. erm pelik... password yg betul, siap kua skrin itam, password yg salah kuar cam biasa... erm pelik...

aku pikir-pikir.. mesti bukan kena hack, tapi disebabkan aku update windows.. hahaha aku nak bagi tau satu rahsia.. tapi jgn bagitau org lain tau...tau ??? tau??? janji??? alif. lam..lam..ha.. kalau janji pegi kat ayat yg seterusnya.. tapi klu tak nak janji, sila langkah perenggan yg dibawa ni. k???

aku sbenarnya format pc pakai installer pirate hahahah syira nye.. blame syira.. hahahhaha... pastu manalah leh update guna internet.. mesti ah dia nak yg original.. hahahah stupido.. aku laa..

aku pun ajak esah teman g cc nak jumpa technician.. tq esah.. technician tu takleh tolon gak. huhuhu aku sedih. tapi aku try solve sendiri ah. try bukak bios n tekan..tekan.. tekan.. tetiba kuar bhgn masukkan password, aku pun masukkan n enter. tetiba kuar "windows is setting your ...."tak sempat baca abis sebab aku da lompat2 gembira. hahhahah boleh masukkkk windows... hahahah sebelum tu aku ada ckp, klu aku dapat masuk windows.. aku derma 50 ringgit... hahah akhirnya dapat masuk gak.. ni da kira nazar. aku redha jelah. yelah daripada hilang segala-galanya dlm pc aku.. baik kita melabur kan???

rasa macam lama gila masa berlalu ari tu.. yelah da panik2. tapi malam tu fara belanja makan burger bersaiz king, beli kat depan 7-11.. sebab aku tolon guntingkan gambut dia. alah mesti ramai da puji gambut dia cantik.. tu yg belanja aku tu.. hahah aku makan ngan esah tau.. ajak bah dia tak nak.. tak tau lah sebab dia malu ke sebab lain.. tapi dia bgtau sebab nya da tengah malam.. takkan nak makan burger lagi.. sedap ah burger tu.. sedap.. sedap..urmmm..

aku da terasa-terasa pasal pc ni.. sebab dua tiga hari sebelum ni aku macam terpikir2 nak disable kan password login windows tu.. tapi aku tak buat gak.. hah tulah.. lain kali trust your instinct..it's alway right..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

download..

haha disebabkan aku ada internet kat bilik, aku dapat ah download lagu.. itupun guna software yang dina bagi.. tq dina.. aku pun buat ah search lagu soundtrack one tree hill. aku memang suka gile lagu tu.. sekali dapat plak.. aahhh suka gile... n benda yg ehem-ehem pun banyak gak.. hahaha

p/s : untuk fara, ema n emo.. aku dapat soundtrack Honey gak(I BELIEVE) ahhaha aku gembira :) full version nye' tau

aku suka ngan lirik dalam soundtrack one tree hill tu.. best ah...

I Don't Wanna Be

I don't need to be anything other than a prison guard's son
I don't need to be anything other than a specialist's son
I don't have to be anyone other than a birth of two souls in one
Part of where I'm going is knowing where I'm coming from

I don't want to be anything other than what I've been trying to be lately
All I have to do is think of me and I have peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms wondering what I gotta do
Or who I'm supposed to be
I don't want to be anything other than me

I'm surrounded by liars everywhere I turn
I'm surrounded by imposters everywhere I turn
I'm surrounded by a deadly crisis everywhere I turn
Am I the only one to notice?
I can't be the only one who's learned

I don't want to be anything other than what I've been trying to be lately
All I have to do is think about me and I have peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms wondering what I gotta do
Or who I'm supposed to be
I don't want to be anything other than me

Can I have everyone's attention please
See, not like this and that
You're gonna have to leave
I came from the mountain, the crust of creation
My whole situation made from clay, dust, stone
And now I'm telling everybody

I don't want to be anything other than what I've been trying to be lately
All I have to do is think of me and I have peace of mind
I'm tired of looking 'round rooms wondering what I'm trying to do
Or who I'm supposed to be
I don't want to be anything other than me
I don't want to be
I don't want to be
I don't want to be
I don't want to be

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

psm..

PSM?? nama penuh dia Projek Sarjana Muda.. kalau kita nak graduate dr universiti, kita mesti abiskan kita punya psm n baru layak dapat sijil..

hahhaha lagi 2 minggu lagi psm nak kena antar.. bah kata dia skarang dalam keadaan 'panic mode'... erm pon ada terasa gak aks... bagi aku plak, aku skarang dalam keadaan 'berusaha bersungguh-sungguh mode' lagi sikit lagi nak masuk panic mode.. whatever happen aku mesti berusaha bersungguh2 untuk siapkan psm aku.. hahahhaha.. aku akan masuk dalam keadaan panic mode bila tinggal 5 hari lagi nak hantar report... sebelum2 ni aku dalam keadaan bersenang-lenang n koya mode.. tu yg tak siap2 lagi aku nye psm... tau main2 jek..

aku tak lah menyesal sebab selalu jek main2 sebelum ni.. kalau nak menyesal pon buang masa jek bukan boleh pusing masa balik pon.. tapi aku akan berusaha..... hohhohohoo.. think positive pis..

marilah kengkawan(esah, bah, nad, che yah, fara..erm setelah berfikir, ema boleh gak ah.. kang kecik ati plak), kita berusaha beramai-ramai.. hingga ke titisan darah yg terakhir.. haha aku memang terel bab2 bahasa melayu ni.. kejap ada lagi..saje jek nak tunjuk terel.. "Alang-alang menyeluk pekasam,biar sampai ke pangkal lengan".. aku agak maknanya mesti kalau da buat keje tu mesti buat bersungguh-sungguh.. hahaha betul tak ema?? fara?? mesti betulkan?? hahahah BM aku da improve... gembira.. hohohooho :O

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Dah Besar..

hahaha da lama x update blog... ari ahad(6/2) lepas aku dapt mesej drpd kawan aku,pida.. tanya aku pasal " betul ke salah sorang kawan kitaorg ada yg bertunang". aku tak tahu menahu pon pasal tu.. lagipon da lama tak contact kawan aku tu... aku dr kecik panggil dia zuli atau awie.. tetiba ari isnin tu aku dapat mesej dr org yg tak dikenali ckp yg dia nak bertunang 10/2 ni..

oooooo rupa-rupanya betul lah khabar angin tu... yelah aku sekampung ngan bdk ni pon aku tak tau.. inikan org yang jauh berbatu-batu drpd kawasan rumah aku.. lagipon mak aku tak bg tau pon, masa aku call dia kat kampong.. mak aku tak tau kot... jarang mak aku ni ter'miss' berita penting kat kampung tu.. erm konfius aku.. setelah mesej tu sampai barulah semuanya terjawab..

zuli ni memang cantik ah n menjadi idaman ramai orang.. erm kalau aku lelaki pon, aku nak kawin ngan dia.. tapi aku pompuan kan.. pompuan ngan pompuan manalah boleh kawin..da!!(erm nasib baik, huhh).. akhirnya dia bertunang jugak.. baguslah... dia ni selalu jek buat aku n d gang tertanya-tanya bilalah dia ni nak kawin.. dia siap jemput dtg umah dia.. tapi aku da minta maap awal2 lagi sebab tak dapat dtg. the reason is.. aku tak balik kampung..tak cukup budget.. hahahhaha.. silly reason for a student.. biasa ah tu..

ramai da di antara kawan aku da kawin.. ntah-ntah da beranak pinak dah.. aku pegi gak ah kenduri-kenduri kawin ni... tapi tulah, org kata kalau makan nasi minyak kat rumah org kawin dapat berkat pengantin.. yelah boleh kawin awal.. tapi bagi aku, terbalik plak..takutttt.. sebab one thing for sure bagi aku sampai sekarang tak terpikir lagi nak kawin ke nak bertunang ker or whatever yg berkaitan sebab tak dapat idop lagi life yang kita nak.. maksud aku, tak keja lagi.. tak dapat duit sendiri.. aaaaaaaaaaa banyak lagilah... pendek kata tak puas idop sensorang lagi..
lagipon bagi aku, kalau pegi kenduri kawin kawan2 aku, macam buat reunion dgn kengkawan lama.. buat konvoi reramai, jumpa ramai2, gelak2, suka2, buat lawak2 bodoh whatever n balik umah.. yang kat atas pelamin, biarlah dia duduk di atas pelamin.. hahaha

gerun plak tgk kawan aku da kawin..bukan rasa tercabar sebab dia da kawin dolu daripada aku or what.. tapi aku curious ah macam mana dia pikir sampai boleh cakap " esok aku nak kawin aks".. kalau aku lah, pikir sampai 1 juta kali atau sampai pengsan-pengsan.. berat giler benda ni.. lagi berat daripada buat psm.. aku rasa yang aku ni muda lagi(memang pon).. tak sampai ke tahap tu.. banyak lagi benda yg nak kena buat..

mcam kakak aku story kat aku suatu masa dulu " dol, ko tau.. semalam akak jumpa kawan lama akak masa kat Sek Tinggi Pompuan Melaka.. akak tgk dia macam sdih giler jek.. mesti sbab anak dia dah berderet-deret n siap ada yg dalam perut lagi.. erm kesian dia.. beza ah dengan akak..."

yelah kakak aku kan tak kawin lagi.. biasa ah org lum kawin kan tak banyak beban lagi... memang ah muka berseri-seri.. lagipon kakak aku pakai pencuci muka n moisturizer Estee Lauder.. erm kalau tak berseri-seri n cantik muka jugak, tak tau lah.. baik baling jek kat longkang.. ahhahahaha.. kekadang aku pun tertanya-tanya, bilalah kakak aku nak kawin..

erm however, aku ucapkan congrat kat kawan aku sebab dia da bertunang.. harap cepat2 lah kawin... da kawin, cepat2 lah dapat anak..bagussss!!! dia da ambil langkah yg paling berani dlm idop dia.. Aku??? erm tak cukup berani lagi... still nak enjoy lagi... bagi aku lah, perkataan KHAWIN ini merupakan salah satu "FEAR FACTOR" bagi aku.. hehehhe :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Electra

Hari jumaat ari tu pegi tgk wayang cerita ELECTRA ngan bah, ema n fara… teruja gile nak tgk cerita tu..n aku lagi teruja sebenarnya nak beli komik kat CS. Yelah nak lengkapkan koleksi yang masih kurang.. kitaorg beli tiket ikut harga student.. hehehe jimat sket duit... hahahahhahaha... bah jadi tukang beli tiket. lepas beli tiket bah datang kat kitaorg sambil bawak 1 poster yg bergulung n 3 kalendar kecik cerita “CINTA FOTOKOPI” starring zarina gedik ngan khai..

Bah : hah ni ada kalendar, aku nak satu.
Pis : aku nak satu gak.
Ema : aku pun nak satu...
Fara : ..................... (senyap sebab tak sempat nak mintak, kalendar tu dah abis.. yelah kan ada 3 jek, redha jelah)
Bah : Kesian Fara. Aku tak nak ah sebab ada gambar zarina kat dlm kalendar tu.... Nah fara...lagipun aku dah dapat poster Electra.. nasib baik aku yg pegi beli tiket. (bah bagi kat tangan fara kalendar tu)
Pis : aah gambar Zarina??? Aaaa aku pun tak nak... nah fara ( aku tak nak sebab ada gambar zarina n aku pun dah ada kalendar pizza... aku pun bagi kalendar tu kat tangan fara)
Ema : aku pun taknak ah.... (ema pun bg kalendar tu kat tgn fara)
Fara : ......................... (senyap jugak sebab dapat semua-semua kalendar tu)
(semua tgk muka fara)
Bah, Pis, Ema : hahahhahahahahhahah kesian tgk muka fara, tadi x dapat, bile dapat plak, dapat semua kalendar... hahahhahahhaha
Pis : Kaylah aku amik ah.
Ema : aku jugak ahh...

Akhirnya semua dapat sorang satu... tapi ada orang tu kena tipu sebenarnya poster tu bukan poster ELECTRA tapi poster DAREDEVIL sorang jek... hehehehehhehe :p

Cerita electra ni takut jugak ah... bukannya cerita hantu tapi selalu buat orang terperanjat jek... memula terperanjat masa dia ternampak org yg bunuh mak dia.. org tu bertanduk.. masa scene tu, bah menjerit kat sebelah aku... aku terperanjat gak. Then aku ckp dengan budak 2 ni dengan kuat giler... “ehhh orang jahat ni macam cerita dalam Power Rangers ekk???? Ada tanduk..” entah lah ada org dengar ke x aku cakap camtu..cam bebudak jek.. ema kata aku ckp power rangers lagi kuat drpd bah menjerit.. maybe dengar kuat lah kat panggung tu... lantak ah... so bile dia nak tayang kan scene tu, aku mesti dah tutup2 mata aku dolu... Tapi aku memang suka tengok power rangers....

Aku ni jarang tgk wayang... so ni wayang omputih first yg aku tgk.... biasak ah omputih mesti ah ada part kissing-kissing ni... memula electra kiss ngan lelaki tu, aku plak sibuk nak ngacau bah kat sebelah aku... n siap tgk kiri-kanan... bah n bebudak ni buat tak tau jek kat aku.... lama plak tu nak kiss, penat aku nak kontrol kat situ...kalo ada pop corn kat tgn aku blh gak aku makan pop corn, ni takde plak... heheheheheh cam bebudak.... 2nd time part kissing, aku pun sibuk kacau bah lagi.. bah dah malas nak layan aku..dalam otak aku, kalo ada part buat project nanti camne plak aku nak kontrol... ahh mintak2 takde... yessss akhirnya takde,... so aku tarik nafas lega ah kat situ.... heehhehe

Bile time scene yg electra pusing belakang n nampak pompuan racun tu meluru nak kiss dia.. aku mmg terperanjat giler... tapi electra still terkena kiss n racun pompuan tu...sebab tak sempat nak elak.. siap jatuh perlahan2 n daun-daun berguguran lagi... huihhh berseni giler masa nak bunuh tu, cantikkkk wooo.....

Ema pun cakap ah kalau aku yg jadi electra, kalau ada pompuan yg meluru nak kiss mesti aku dah panik-panik kat situ.. siap lompat-lompat pusing2 kawasan tu n sambil luka-luka terlanggar pokok dalam hutan tu. Yelah tindakan refleks aku lebih cepat daripada pemikiran... hehehehhe aku pun setuju cakap ema.. hahahhahaha

Bebudak ni siap cakap, nasib takde adegan buat project.. kalau adalahh mesti aku dah nyorok kat bawah kerusi ataupun panik-panik kat dalam panggung tu... heheheheh

Balik bilik cerita kat bebudak ni pasal adegan-adegan tu.. nilah nasihat diorang yang da pakar sangat dalam bab-bab tgk wayang nie...

Bah : alaa ko tgk depan jek... buat tak tau.. sebab org lain pun tgk...
Ema : a’ah tgk jek.. kalo panik n pandang kiri-kanan lagilah pelik org tgk...
Fara : erm tgk jek...
Esah : erm tutup mata !!!
Pis : takkan nak tutup mata plak... pelik plak aku rasa.. (cakap dgn gaya org tak puas hati)
Esah : tutup jelah mata, tapi bukak ah sket... (siap buat gaya lagi)
Pis : oooooooooooooooo.....

So aku kenalah survive sendiri... sebab aku cakap ngan diorang lepas ni nak tgk Constantine plak, cam best jek...diorang kate “ hah constantine ntah-ntah lagi teruk, better bersedia” cehhh.... ntah nak bersedia dr ape ntah.. :p . tapi macam mana lah cerita die....ermm baik baca sinopsis dolu... Tapi electra memang best ah... smart ahhh..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kucing Bongek Yang Penakut

Hari isnin lepas hari raye haji tu aku decide nak balik utm.. yelah nak siapkan psm. Pepagi dah bangun coz naik bus pukul 11.30 am. Sebelum pegi basuh baju, telepon bah kat utm suruh dia jumpa firoz n straight g bilik air belakang rumah nak basuh baju. Tgh jenjalan terdengar bunyi kucing.. meow..meow.. aku cari gak.. manalah tau kucin aku dak Jantan, bleh gak aku kejar dia keliling umah.. hahahaha dia memang takut kalo aku kejar dia, tak tentu arah idop dia kalo aku ada kat umah tu.. mesti kena kacau.. aku cari2 jugak bunyi kucing tu kat belakang2 semak tapi takde.. hampa gile sbb tak jumpa.. jalan lagi n dgr balik meow.. meow.. last2 aku tgk kat atas pokok sukun kat atas tebing umah aku.. lahhhh ada kucing kat atas pokok tapi bukan kucing umah aku. Kucing oren. Tinggi plak tu dia panjat..

Aku pun panggil mak aku..
Aku : mak!..mak!.. ada kucing kat atas pokok sukun ...
Mak: aaaaaaaa kucin semalam...... tak turun-turun lagi...(mak aku cakap dgn nada suara yg cool gile)
Aku : ah smalam..(bingung n sambil garu kapla)
Mak : a’ah. Dak Jantan kejar dia, n dia naik atas pokok. Alah biar jek, kang dia pandai ah turun.
Aku : aaaaa (sambil ternganga mulut.. sebab tgk kucing tu still cool lagi kat atas tu.. siap cari port kat dahan2 nak letak tangan coz nak alas kapla dia.. nak TIDO..)

Aku pun pegi basuh baju... sambil aku basuh baju aku pun berpikir... erm kalo cerita kat dalam tv, kalo kucing kat atas pokok mesti tuan dia panggil bomba kan??? Kan??? Maknanya kucing tak reti turun dr pokok sendiri kan???kan??? kalo tak turun, mesti dia mati sebab tak makan kan??? Kan??? Kan???

Erm lepas sidai baju aku pun amik selipar n sedia nak panjat pokok sukun tu... aku try ak panjat pokok tu, dah lah aku pakai jeans ketat.. sakit pinggang aku.. dalah kena terkangkang2... erm tak kisah aks... aku pun panjat aks pokok tu.. aku tak takut sangat ah.. sebab dolu aku penah panjat pokok tu sebab nak amik buah sukun.. masa memula panjat kaki aku menggigil jugak yelah dah lama tak memanjat n pokok tu plak dekat tebing tinggi plak tu.. skang tak takut sangat pun tapi still tak sampai kat kucin tu.. terpaksa kena pegang dia kat perut.. aku rasa kalo ada org lalu kat kawasan tu mesti nampak aku macam KOALA kat pokok cam dalam gambar tapi kena ZOOM kan gambar tu ke 500%.

Aku cuba pegang perut kucing tu tapi dia ngelak n angkat bahagian perut dia.. so aku tak sampai aks.. aaahhhh kucing bongek ni... da lah angin kuat gile.. bergegar2 pokok tu ngan aku n kucin tu skali... lagilah kucin tu takut...aku ni da lah nak selamat kan dia.. tapi dia cam tak sudi plak... aku cuba pegang bahagian tengkuk dia tapi tak boleh.. mesti sakit nanti... aku pun bising2 kat atas pokok tu... “kucing Bongek..kucing bongek..kucing bongek..” mak aku pun keluar, terperanjat tgk aku kat atas pokok..

Mak : laa ko panjat jugak pokok tu. Biarkan jelah nanti dia tau ah nak idop
Aku : erm takpe ah.. nanti dia tak tau turun plak (baiknya aku.. bukan senang aku nak buat baik)
Mak : Karang tumbang plak pokok sukun tu. Da lah abah ko da racunkan pokok tu n siap takik-takikkan bahagian bawah pokok tu. (sebab nak matikan pokok) Dahan-dahan pun da reput. Karang jatuh plak. ( OK!! aku tau lah yg aku ni besar, tp takkan lah sampai tumbang pokok tu.. tak logik sungguh)
Aku : ermmmmm (tgh pandang bawah tebing n pikir, kalo aku jatuh ni bukan setakat patah tangan, mesti semua ah patah... siap mintak cuti n psm pun tak siap)

Last2 aku pun dapat amik kucin tu.. amik guna tgn kiri, kat sebelah tgn kiri aku tu adalah lagi dahan.. sempat lah jugak kucing tu berpaut n cengkam kat dahan tu.. bongek kucing ni , takut benar nak mati... sampai dekat ngan tanah, aku lepaskan dia... hahahahhahah

tetiba aku rase cam ada yg tak kena kat seluar aku.. rupa-rupanya getah pokok sukun melekat kat buntut seluar jeans aku.. hampeh...yelah aku duduk kat pucuk-pucuk daun sukun, mesti lah bergetah.. kucing tu plak da selamat, larikan diri kat pondok.. agaknya tgh bersyukur lah tu sebab still idop lagi.. hehe

Tapi aku musykil cam mane lah kucing tu boleh panjat tinggi giler... tapi kucing warna oren memang bodoh ekk???tapi kelakar... Macam kyo dalam cerita anime FRUIT BASKET...

MEOWWW .......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hari Raya Haji

Erm minggu lepas aku balik lagi… hehehehe kan Raya aidil Adha.. lagipun along aku beria-ia ajak aku balik.. kenalah balik, yelah tak baik kecikkan ati org yang dah sedia tua… hehehehe

Aku balik hari khamis. Pepagi buta aku dah bangun… yelah kalau balik sensorang aku tak kisah ah nak balik kul bape… selalunya petang ah, tapi kali ni balik ngan esah.. so kesian kat esah karang nak balik umah dia… actually aku mmg rase bersalah kat esah pun, sebab esah nak balik hari rabu dah siap pakai baju, kemas brg n make-up lagi but aku menghasut dia balik ari khamis… esah sori ek… my bad…

Aku rasa berat ati gak nak balik kampong.. Bila sampai kat Larkin, aura-aura tak best aku dah dapat rase da.. bukan x sedap ati pasal famili aku tapi persekitaran aku. Aku rasa cam akan berlaku something yg tak best kat aku... but aku still balik kampong walaupun rase berat… yelah nak beraya kat kampong lah konon… naik bus pukul 10.30 am n sampai kat melaka sentral lebih kurang pukul 2 pm.. erm setakat ni ok lagi.. naik bus Patt Hup n balik umah... hari tu panas gile, sampai rasa muka nak terbakar...

Hari khamis tu memang xde ape-ape berlaku.. erm adalah sket2 tapi still ok aku hepi

But biasaklah malang memang tak berbau.. and bile dah berbau pun x sempat lagi nak elak. Hari jumaat pun menjelang.. yey yey hari raya...

Pagi raya tu mak aku kejut bgn semayang subuh, aku tak leh nak bangun sebab malam tu aku tido kul 5 kot.. nunggu kakak aku balik... sebab dia kata nak balik malam tu... KL jam, katanya huhhh... aku ni puas ah nunggu dia balik, yelah karang dia balik xde org yg bukak pintu pagar... ganggu parents aku nak tido jek... skali dia tak balik.... aku pun skip semayang raye (sedihnya... ye ker??? Aku mmg jahat). Bile bgn tido kakak aku pun balik dr kl... masa tu pukul 12 pm... geram aku... erm still xde ape2 pun yg berlaku... yey yey..

Petang tu pakcik, makcik n anak dia datang... yelah dia dah nak balik kl coz sabtu keje... still aku x dapat sense benda malang.. walaupun benda tu ada kat depan mata... anak makcik aku terus masuk kat bilik aku n teruja tgk koleksi komik aku yang tersusun rapi kat almari... dia n anak buah aku yg lain sibuk ak membaca komik2 tu kat dalam bilik aku... bilik aku dah jadik macam ape dah... semak gile diorg buat... by the time budak tu nak balik, dia siap nak angkut komik Ranma aku ngan diri dia sekali...

AMBOIII cantik muka hang.. nak angkut my precious komik... da lah sebelum tu nak amik patung HISOKA aku.. aku tak bagi n amik ah balik kat dia, sesuka ati mak dia jek pukul aku... sakit badan aku.. pastu nak amik RANMA aku plak... NO WAY mann... langkah mayat aku dolu... penat aku ngumpul n berhabis duit sedap2 nak songlap. aku pun nak amik balik kat dia, along aku pun tolong pujuk dia pulang balik komik aku... lepas tu dia tak puas ati, siap ajak bapak dia masuk bilik aku.. kali ni dia nak amik komik SHIN CHAN aku plak... aaaaaaaa aku rasa macam kena hempap ngan batu jek kapla aku...

Budak ni br jek darjah satu dah pandai nak pijak kapla org yg besar gile drpd dia... erm aku tau lah aku ni hormat gile kat parents dia, so kita jadi malu aks kat mak n bapak dia... tapi tak bermakna lah dia boleh pijak kapla aku... aku tak kisah aks dia pernah patahkan headphone walkman aku n buat macam2 kat aku, tapi kalo dah sampai nak amik akunye precious KOMIK... tidak sekali-kali boleh.... I LUV MY KOMIK.. anak buah aku pun tak amik komik tu... maybe dia nak tunjuk lagak yg dia darjah 1 dah dapat membaca dengan lancar.. yelah aku masa darjah 1 bukan bijak benau, terangkak2 baca buku... lagi lambat dr kura-kura...

Masa bapak dia amik komik shin chan tu, dia tanya aku guna lg tak buku tu.. aku pun jawab memang ah guna dengan muka sedih gile... aku mmg tak leh sorok my feeling... aku mmg camtu.. what u see, is what u get... agaknya pakcik aku tgk muka aku sedih gile cam muka budak kecik hilang permainan... dia pun pulang balik komik tu... huihhh tarik nafas lega... budak tu pun sibuk pukul2 bapak dia... GERAM aku tgk budak tu....

Lepas diaorang da balik mak aku sound “ malu aku ko ni ngan pakcik ko, bagi jelah buku tu kat budak tu”..yelah adik yg mak aku sayangilah katakan... mmg ah malu gaduh ngan budak kecik over komik, tapi komik tu mmg aku sayang gile.. amik ah baju aku ker??? Ape2 pun tp komik, no way... kalau dah ilang bukan senang nak cari. aku sanggup beli komik kat CS n Sungei wang n bawak berat2 keliling tempat tu... pengorbanan tau...

Aku tak tau aks kenapa budak tu dengki gile ngan aku.. rumah aku ada 2 tv... dia tgk tv kat bhgn depan umah, aku plak tgk channel lain kat tv bhgn tengah umah... dia sanggup datang kat aku n tgk aku bukak channel ape n nak bukak channel yg sama ngan tv kat depan.. aku tak paham aks budak ni apa yg dia pikir sebenarnya... cubalah paham, kalo aku nak tgk channel cam kat tv depan tu, kan aku boleh tgk jek kat depan tu tak yahlah aku bersusah payah bukak tv lain.. kan jimat letrik.. tapi biasak lah manusia mana boleh tgk org lain gembira n bersenang hati... nak gak dengki kat aku... GERAM BETULLL... bersabar jek... tu belum lagi aku pegi umah dia.. kalo aku duduk 3 hari kat umah dia, 3 hari tu lah aku asyik tgk cerita BARNEY jek.. berulang-ulang.. berulang-ulang.. dah hapal da dialog n lagu barney tu... kalo tak barney.. teletubbies..

Da lah tak lama lg parents budak tu nak pindah kat Vietnam.. biasaklah mesti hal keje.. parents dia nak bawak aku skali.. yelah aku jadi tukang teman makcik aku n anak dia.. memula aku teruja gak nak pegi, coz yelah nak tgk tempat org... tapi da jadi camni, aku pun dah takde perasaan dah nak pegi.. baik lah aku tanam anggur kat rumah drpd makan hati jek n membesarkan bagaikan BARNEY... x pun TELETUBBIES kat sana.. huhuhu sedih..

Tapi aku rasa laa semua ni terjadi sebab aku skip semayang raya.. aku bukan nak kata ape lah.. tapi aku ni memang jenis orang yang senang dapat balasan. Contohnya kalau aku gelakkan kawan aku hampir nak terjatuh kat cafe, tak sampai 2 minit aku pun jatuh kat cafe tu jugak... kalo masa nak pegi cafe nampak ada org nak jatuh kat longkang, balik dr beli makanan aku plak yg jatuh kat longkang tu... hehehehehe.. mmg tak leh nak buat jahat.. :p

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Ibu n Anak

erm aku br jek dapat email dr kakak aku.. sebenarnya email tu ada gak kena mengena ngan aku n kakak aku... hehehehe biasak ah manusia mane yg perfect (ye ker?? tak tau pun.. ikut org cakap jek)... tapi lebih kena mengena ngan kakak aku... heheheheh by the way, mak aku mmg kelakau orgnya eventhough dia sendiri tak tau pun die mmg kelakau.. eheheh i luv u mum, UR THE BEST. tapi pasal kakak aku, himitsu nee.. x nak g tau... tapi pasal perabot tu mmg kena giler... hohohohoohohohooh (gelak jahat)

KITA DAN IBU· KETIKA BERUSIA SETAHUN, IBU SUAPKAN MAKANAN DAN MANDIKAN KITA. CARA KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA HANYALAH DENGAN MENANGIS SEPANJANG MALAM.

APABILA BERUSIA 2 TAHUN, IBU MENGAJAR KITA BERMAIN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN LARI SAMBIL KETAWA TERKEKEH-KEKEH APABILA DIPANGGIL.

MENJELANG USIA KITA 3 TAHUN, IBU MENYEDIAKAN MAKANAN DENGAN PENUH RASA KASIH SAYANG, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENUMPAHKAN MAKANAN KE LANTAI.

KETIKA BERUSIA 4 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEKOTAK PENSEL WARNA, KITAUCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENCONTENG DINDING.

BERUSIA 5 TAHUN, IBU MEMBELIKAN SEPASANG PAKAIAN BARU, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN BERGOLEK-GOLEK DALAM LOPAK KOTOR.

SETELAH BERUSIA 6 TAHUN, IBU MEMIMPIN TANGAN KITA KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENJERIT : "TAK NAK! TAK NAK!"·

APABILA BERUSIA 7 TAHUN, IBU BELIKAN SEBIJI BOLA. CARA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH IALAH KITA PECAHKAN CERMIN TINGKAP JIRAN.

MENJELANG USIA 8 TAHUN, IBU BELIKAN AISKRIM, KITAUCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGOTORKAN PAKAIAN IBU.

KETIKA BERUSIA 9 TAHUN, IBU MENGHANTAR KE SEKOLAH, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN PONTENG KELAS.

BERUSIA 10 TAHUN IBU MENGHABISKAN MASA SEHARI SUNTUK MENEMANKAN KITA KE MANA SAJA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN TIDAK BERTEGUR SAPA DENGANNYA.

APABILA BERUSIA 12 TAHUN, IBU MENYURUH MEMBUAT KERJA SEKOLAH, KITAUCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENONTON TELEVISYEN.

MENJELANG USIA 13 TAHUN, IBU SURUH PAKAI PAKAIAN YANG MENUTUP AURAT, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN MEMBERITAHU BAHAWA PAKAIAN ITU TIDAK SESUAI ZAMAN SEKARANG.

KETIKA BERUSIA 14 TAHUN, IBU TERPAKSA MENGIKAT PERUT UNTUK MEMBAYAR WANG PERSEKOLAHAN DAN ASRAMA, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN TIDAK MENULIS SEPUCUK SURAT PUN.

BERUSIA 15 TAHUN, IBU PULANG DARIPADA KERJA DAN RINDUKAN PELUKAN DAN CIUMAN, KITA UCAPKAN TERIMA KASIH DENGAN MENGUNCI PINTU BILIK.

MENJELANG USIA 18 TAHUN, IBU MENANGIS GEMBIRA APABILA MENDAPAT TAHU KITA DITERIMA MASUK KE IPTA,KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERSUKA RIA BERSAMA KAWAN-KAWAN.

KETIKA BERUSIA 19 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MEMBAYAR YURANPENGAJIAN, MENGHANTAR KE KAMPUS DAN MENGHERET BEG BESAR KE ASRAMA, KITA HANYA UCAPKAN SELAMAT JALAN PADA IBU DI LUAR ASRAMA KERANA MALU DENGAN KAWAN-KAWAN.

BERUSIA 20 TAHUN, IBU BERTANYA SAMA ADA KITA ADATEMAN ISTEMEWA,KITA KATA, "?ITU BUKAN URUSAN IBU."·

SETELAH BERUSIA 21 TAHUN, IBU CUBA MEMBERIKAN PANDANGAN MENGENAI KERJAYA, KITA KATA, "SAYA TAK MAHUJADI SEPERTI IBU."·

APABILA BERUSIA 22-23 TAHUN, IBU MEMBELIKAN PERABOTUNTUK RUMAH BUJANG KITA. DI BELAKANG IBU KITA KATAKAN PADA KAWAN-KAWAN?. "PERABOT PILIHAN IBU AKU TAK CANTIK, TAK BERKENAN AKUUU!"·

MENJELANG USIA 24 TAHUN, IBU BERTEMU DENGAN BAKAL MENANTUNYA DAN BERTANYAKAN MENGENAI RANCANGAN MASADEPAN, KITA MENJELING DAN MERUNGUT, "IBUUU,TOOOOOLONGLAHHH?."·

KETIKA BERUSIA 25 TAHUN, IBU BERSUSAH PAYAH MENANGGUNG PERBELANJAAN MAJLIS PERKAHWINAN KITA. IBU MENANGIS DAN MEMBERITAHU BETAPA DIA SANGAT SAYANGKAN KITA TAPI KITA UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADANYA DENGAN BERPINDAH JAUH.·

PADA USIA 30 TAHUN, IBU MENELEFON MEMBERI NASIHAT DAN PETUA MENGENAI PENJAGAAN BAYI, KITA DENGAN MEGAH BERKATA,"?ITU DULU, SEKARANG ZAMAN MODEN."·

KETIKA BERUSIA 40 TAHUN, IBU MENELEFON MENGINGATKAN MENGENAI KENDURI-KENDARA DI KAMPUNG, KITA BERKATA, "KAMI SIBUK,TAK ADA MASA NAK DATANG."·

APABILA BERUSIA 50 TAHUN, IBU JATUH SAKIT DAN MEMINTA KITA MENJAGANYA, KITA BERCERITA MENGENAI KESIBUKAN DAN KISAH-KISAH IBU BAPA YANG MENJADI BEBAN KEPADA ANAK-ANAK.·

DAN KEMUDIAN SUATU HARI, KITA MENDAPAT BERITA IBUMENINGGAL! KHABAR ITU BAGAIKAN PETIR! DALAM LELEHAN AIR MATA, BARULAH SEGALA PERBUATAN KITA TERHADAP IBU MENERPA SATU PERSATU.

JIKA IBU MASIH ADA, SAYANGI DIA. JIKA TELAH MENINGGAL,INGATLAH KASIH DAN SAYANGNYA. SAYANGILAH IBU KERANA KITA SEMUA HANYA ADA SEORANG IBU KANDUNG

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

balik kampung

Erm minggu lepas aku balik rumah sebab kakak ipar aku beranak. hehehehehe comel anak die. Abg aku tanye nak bg nama apa hah??? Aku bg ahh idea, mohd haikal ke.. Iqbal ker.. hahahah pagi tadi baru aku terpikir nama Mohd Hairi… macam baik jek ek bunyi die, erm tp makna dia tak tau plak.. masa pegi hospital kakak ipar aku cerite ah pasal sorang doktor pakar. Kakak ipar aku puji ah doktor pakar ni sebab nampak ketokohan doktor. Yelah doktor india botak n sekali die datang melawat kakak ipar aku, besok tu da boleh terangkan condition kakak aku kat doktor n jururawat lain... erm impress giler kakak aku. Aku pulak bayangkan yg doktor ni india, botak chin, tua, jalan bongkok sket.. and ada misai yg ada uban... heheheheheh jahat aku.. tetiba kitaorg tgh ngumpat, doktor pakar tu buat lawatan plak... erm terperanjat aku. Rupanya doktor tu muda lagiiii... mesti umur die late 20 or early 30... masuk laju giler n keje pun laju.. ganas n ala-la ah long... muka cam gangster.. gerun gak aku tgk die... mmg jauh ah dr yg aku jangka... lepas dia bg penerangan kat doktor n nurse lain, die pun tgk baby.. bile tgk baby muka dia straight berubah... siap buat kuci-kuci-kuci kat pipi baby tu.. hahahhahah aku tergelak besar tgk muka die... dr muka yg garang boleh jadi comel giler bile tgk baby.. hehehehe memang lah doktor pakar puan...

erm bile dah balik umah aku selongkar ah buku-buku aku yg lama… tetiba terjumpa satu majalah yg amat aku kenali… iaitu majalah asrama aku… hehehhehehe.. ada pantun seloka yg kawan aku buat tentang kitaorg ah.. let’s check it out..erm guyz kalau korang baca blog ni, buzz me ok.. heheh teringat dedolu, yelah mase memuda.. buat keje-keje dajal sesama.. hahahha.. miss u all.. muahhzzz

CERITERA FORM 5 99’
Assalamualaikum pembuka bicara
Kepada pembaca aspura dan aspuri
Ini ceritera takde la best giler
Kalau sudi jenguk-jenguk le...

Presiden aspuri Isma namanya
Gelek dangdut itu favouritenya
Bercakap bagaikan pembahas lagaknya
Lawaknya paling tak kelakar di dunia

Suaranya lantang macam speaker
Pasal makan dia yg over
Kalau gelak tak reti nak cover
Opp’s Marini jangan mare...

Dari Alauddin pindah ke Munshi
Menyakat orang tak henti-henti
Paling mahal tang dia punya gigi
Apis drakula nama diberi

Siang malam mengadap chess
Sampai makan tak ada taste
Nama ‘ANEH’ yang paling best
Itulah Nisak ratu pencil case

Orangnya spestik lain dari yang lain
Dari suara hingga tulisan
Penyanyi terkenal itulah impian
Nama glamour Yan Jay dan Deq Man

Nama Combie tak lagi asing
Ratu jambu dan juga belimbing
Kalau senyum mesti nampak taring
Hobinya membebel macam orang mereng

Namanya persis tajuk lagu
Paling expert meniru laku
Ketawanya satu dalam seribu
Itulah dia Juwita nan satu
Munira Md Dum AJK Kerohanian
Minat dalam bidang guaman
Bantal Busuk dia punya kawan
Sapa dekat gerenti pengsan !!!

Orangnya garang dan kaki gaduh
Sekali tolak terpelanting jauh
Kalau pedas gerenti berpeluh
Panggil Pijot pasti mengeluh

Makan durian kepala pusing
Makan kambing tak pulak pening
Mukarromatillah Binti Bunyamin
Menjadi agen susu kambing

Gelaran Kak Pah sudah sebati
Peminat setiap Syarifah Aini
Anuar Zain paling diminati
Best student F5 masa kini

Mak-anak muka sebijik
Mana pegi mesti dengan adik
Jadi pomen time takde letrik
Norli atau Lee nama gedik

Orangnya manja cantik menawan
Kerja bak menteri kewangan
Pungut duit tak kira haribulan
Cik kutu Ina kami gelarkan

Dua tiga badak berlari
Mana nak sama si tender Adi
Demikianlah sudah ceritera kami
Kalau terasa bebanyak le sorri...

THE TOUCH OF : 820814 (5B)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments