Masa Yang Berlalu...

“ Masa berlalu dengan begitu kejam ke atas …”

Pembelajaran menggunakan ayat di atas pada masa dan situasi yang sesuai serta mengikut syarat yang telah disenaraikan.

1. baris ayat di atas boleh diucapkan dengan hanya perlu menambahkan ‘nama’ seseorang di akhir ayat. Ini adalah syarat yang paling penting.


2. untuk menambahkan kesedapan menggunakan ayat ini, seseorang perlulah berada di dalam sesuatu situasi.

3. Situasi yang paling best sekali ialah apabila seseorang itu sedang melihat album-album atau gambar-gambar lama. Tak kisahlah gambar family atau rakan-rakan ataupun gambar diri sendiri. Yang penting di sini ialah di dalam gambar tu mestilah ada perbandingan dari masa zaman tok kaduk ke zaman sekarang. Sekiranya terdapat improvement di antara zaman-zaman tu... kita bolehlah melafazkan “Alhamdulillah” sambil melepaskan nafas keluar dan memuji-muji keagungan Ilahi. Tetapi sekiranya sebaliknya yang berlaku.... naaaa inilah masanya kita mengungkapkan ‘the magic word’ diikuti tergelak besar sambil menggeleng-gelengkan dan menganggukkan kepala ikut kesesuaian. Tak kisahlah nak ketawa ngan low node ker, high node ker yang penting di sini ialah bernada jahat.. marilah kita berlatih.. hohohohohohohoho

4. Situasi yang kedua best ialah semasa kita tengah gi jejalan atau membeli-belah walaupun takde duit tetiba terserempak ngan kengkawan lama. Tak kiralah kawan masa tadika, sekolah rendah, menengah, teknik, sekolah sains, mrsm, kolej, universiti atau kawan semasa praktikal.. masa terserempak tu mesti kita membuat perbandingankan?? (bohonglah kalau ada orang kata masa tersempak tu buat-buat tak tahu, straight jek jalan. Itu bukan kawan namanya, itu orang kebanyakan namanya).. setelah dapat keputusan daripada perbandingan tersebut, sekiranya ok ucaplah Alhamdulillah sekiranya sebaliknya setelah selesai berbual dengannya dan memulakan langkah 2 , 3 tapak ucaplah the ‘magic word’ dengan perlahan dan penuh sopan-santun sambil tertawa kecil tapi still bernada jahat. Marilah kita berlatih... hihihihihi.....

5. Selalunya perkara yang gembira lebih seronok sekiranya dikongsi bersama orang yang terdekat dan untuk menggunakan ‘magic word’ di atas, syarat yang perlu dipatuhi ialah orang yang terdekat itu mestilah sekepala ngan kita. Yelah tak best lah pulak syok-syok bergelak ketawa tetiba ada jek suara yang menegur ‘ tak baik ah korang ni..’ potong stim jek!!!

Sebenarnya ayat kat atas tu bukan nak kecikkan hati sesiapa inikan nak mengutuk. Ayat tu apabila digunakan sebenarnya ia membuat kita mengimbas kembali masa lampau kita sekaligus mengimbau masa-masa dahulu yang penuh ngan suka dan duka samada dalam berkawan, family or anything. Nothing bad about it. Got to think the +ve side.. tak cuba memang tak tahu, cuba dulu baru tau kesannya (ayat ini daripada tukang ubat kat pasar malam). So selamat mencuba hohohohoho....

p/s : Ayat tersebut didapati daripada komik shin chan yang dituju khas kepada ibunya.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments