Kisah Gigi ep 7

Balik daripada klinik, aku pon sibuk ah melayan darah yg keluar x henti-henti from mulut aku.. erm T.E.N.S.I.O.N.... dah lah sebelum wat cabut gigi tak gi makan malam, akak aku plak sibuk menapau sayap panggang n siap mengajak aku makan bersama-sama walaupun menyedari yg darah masih lagi mengalir di tepian bibir aku... aku bila dah mula nak melayan darah ni, erm memang dah tak ingat ape dah... eeeiiii geli lahhhh...... hilang semua selera makan... then ntah macamana ntah, aku terjaga pagi dengan kapas kat gigi yang still berdarah.. hahahhaha kusutttt... amazing???? Tak sangka aku adalah seburuk itu... boleh tido dalam ape-ape keadaan, huhuhuhuhuu menambahkan lagi satu sifat terpuji yang ada dalam diri aku.. hohohoho aku patut berbangga.. tapi sebelum tu, aku makan panadol... ermmm mesti effect dari panadol tu.. (dah panadol lak salah.. bijak tul manusia ini menuding tangan pada org lain... huhuhuhu fitrah manusia)

Today, acara aku adalah tengok tv sepanjang hari, bermalas-malasan and tunggu sampai kul 8.00 mlm coz nak gi pasang rel keretapi.. then pukul 8.00 malam itu pon menjelang tiba, berangkat lah aku n akak aku ke klinik itu dengan hati yang tiada apa-apa perasaan.. as usual lah...

Setelah tiba straight gi check in, n waiting nama dipanggil.... doktor pon start lah menggamkan besi-besi itu ke gigi aku... tak tau lah dia pakai gam ape?? Tapi gam tu lagi kuat dari gam gajah lahhh... erm cuba pikir ape yang lagi kuat dari gajah, erm maybe gam “______ “ ( p/s : sila isikan ruang kosong dengan binatang atau benda yang dipikirkan). Siap nak keringkan gam tu, guna SINARAN ULTRA VIOLET.. huhuhuhuhuhu menakutkan jek bunyinya..
Then doktor suruh pilih warna getah yang nak letakkan kat gigi, erm aku pon dengan lajunya memilih warna pink.. bukan pink yg terang dari satu batu boleh nampak but a very-very humble pink... dengan kata lain pink yang malu-malu kucing iaitu nak kata warna pink.. erm adalah sikit, nak kata warna oren... dah dia memang warna pink camne lah pulak leh tukar warna oren.... apolahhhh POYO..

Setelah siap memasang besi-besinya, kitorg pon berangkat pulang... masa ni relaks lagi but after 10 minit, erm dah mula terasa sengal-sengal kat gigi.. and after 30 minute dah rasa sakit-sakit kapla n after 1 hour dah mula rasa nak hentak kapla tu kat tembok.. hahahaha sepanjang malam tu memanglah panadol jadi my very bestfren... every 3 hours mesti amik panadol... erm sakitnya sampai tak boleh nak buka mulut, inikan nak bercakap.. mulut kitakan tak biasa lagi dengan besi-besi tu, erm ape lagi abis lah dalam mulut aku ni bengkak-bengkak... so nak prevent daripada besi tu mengguris, menggores sehingga menang mulut kita, silalah guna wax.. iaitu lilin yang diletakkan kat besi yang tajam tu... so bila bila besi tu kena kat mulut takdelah rasa sakit sebab ada wax sebagai bahan pelincir.. OK paham tak anak-anak murid sekalian????

Memula pakai besi ni, bayangkan lah seminggu tu hanya makan bubur kosong sahaja... ikan bilis pon takleh nak kunyah.. dia punya sakit.. hanya Allah je yang tahu... mak aku dah sedih-sedih tengok aku takleh makan.. hahahahahha yelah dia merupakan pembantu peribadi aku dalam menambahkan peratus kandungan lemak dalam badan aku, so setelah bertahun-tahun ia terjaga rapi tetiba kandungan lemak itu MAYBE akan terurai.. mestilah suasana sedih akan melanda.. erm kesian...

But life must go on.. benda dah terjadi, takleh nak ulang balik.... redha jelahh... biarkan ia pergi... go go chayo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

1 comments:

Ms Nurul said...

pis, aku rasa skang mesti lemak dah terurai kan.. hohoho siap pilih kaler pink lagi :)
eh ape ah yg ko pilih kaler pink tu? aku dh lupa. kena baca balik nie..