Perbualan antara 2 beranak

Ini adalah perbualan diantara dua beranak tanpa tarikh dan masa yang telah dilupai.

Anak : mak.. mak aritu orang pegi Alamanda Putrajaya ngan angah n family dia..
Mak : ye ker????
Anak : erm.... angah belikan anak dia, dak dina ngan nana belon... orang pon apalagi sibuk ah perdajalkan budak tu.. sibuk melarikan belon tu daripada dak nana.. berlaku lah kejadian kejar-mengejar diantara orang ngan dak nana. Orang pulak masa lari tu tak pandang depan.. erm apa lagi tetiba dengar bunyi GONGGGGG n serta-merta terasa sakit kat bahu.. hahahahhahaha rupa-rupanya orang terlanggar tiang kat taman alamanda tu tengah-tengah orang ramai...
Mak : ahh????

anak : Rasa bergegar lah jugak alamanda tu masa orang terlangggar tiang seri dia... mesti orang kat dalam tu ingat ada gempa bumi...hehehe.. kak ina dah panik, sebab bunyi orang langgar tiang tu kuat giler.. sampai orang kat sekeliling pun pandang dengan pandangan tanda-tanya “ Are ur OK???”. Erm orang cepat-cepat bangun buat takde pape.. tapi sebenarnya sakit betul bahu masa tu.. n siap pikir nak buat-buat pengsan tak.. ke tak pon buat-buat hilang ingatan.. so takde lah malu sangat.. hahahah
Mak : erm nasib baik tak black out sekali alamanda tu.. yelah bukan calang-calang orang yang melanggarnya.( erm si emak pun berlalu tanpa apa-apa perasaan meninggalkan anaknya yang baru sahaja menyedari samada emaknya baru sahaja membuat lawak daripada kejadian yang menimpa anaknya)

So tamatlah di sini perbualan di antara mak ngan anaknya.
Moral : Kalau buat jahat tu cepat jek dapat balasannya.. hahahahhaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments