Hari Konvo aku...

CHAOS.. CHAOS…CHAOS.. itu jelah yang aku boleh katakan apa yang terjadi masa hari konvo tu.. everything yang di plan kan tak menjadi… aku gi dengan baju batik warna ungu.. huhuhuhuhu tak yah berhabis duit pon masa hari konvo tu.. baju akak aku punya.. tudung akak aku punya.. aku pinjam jek…aku just provide badan aku and benda-benda yang lain…..

Perasaan GEMBIRA tetap adalah masa tu, yelah sebab dengan rasminya aku dah abis belajar and keluar dari UTM... perasaan sedih??? Tak terpikir masa tu sebab kelam-kabut nak buat semua benda hari tu jugak.. manalah nak amik gambar.. manalah nak gi hantar jubah n lepas tu nak pegi amik transkip.. n everything.. hari yang penat giler... petang tu jugak balik melaka.. sebab penat giler duk kat UTM ni.. finally aku realize jugak....

Aku tak jumpa nad, tak jumpa bah, tak jumpa esah.. aku just jumpa orang yang aku tak listkan nak jumpa.. tapi dah kira nasib baik jugalah aku jumpa kelly n meck... what a day.. ini jek yang aku boleh katakan hari konvo aku... segala maklumat lanjut silalah rujuk BAH nye blog.. OK.. segala tidak puas hati semuanya telah diluahkan di blog BAH. Aku sokong 100% apa yang BAH tulis tu... IDOP BAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 7

Balik daripada klinik, aku pon sibuk ah melayan darah yg keluar x henti-henti from mulut aku.. erm T.E.N.S.I.O.N.... dah lah sebelum wat cabut gigi tak gi makan malam, akak aku plak sibuk menapau sayap panggang n siap mengajak aku makan bersama-sama walaupun menyedari yg darah masih lagi mengalir di tepian bibir aku... aku bila dah mula nak melayan darah ni, erm memang dah tak ingat ape dah... eeeiiii geli lahhhh...... hilang semua selera makan... then ntah macamana ntah, aku terjaga pagi dengan kapas kat gigi yang still berdarah.. hahahhaha kusutttt... amazing???? Tak sangka aku adalah seburuk itu... boleh tido dalam ape-ape keadaan, huhuhuhuhuu menambahkan lagi satu sifat terpuji yang ada dalam diri aku.. hohohoho aku patut berbangga.. tapi sebelum tu, aku makan panadol... ermmm mesti effect dari panadol tu.. (dah panadol lak salah.. bijak tul manusia ini menuding tangan pada org lain... huhuhuhu fitrah manusia)

Today, acara aku adalah tengok tv sepanjang hari, bermalas-malasan and tunggu sampai kul 8.00 mlm coz nak gi pasang rel keretapi.. then pukul 8.00 malam itu pon menjelang tiba, berangkat lah aku n akak aku ke klinik itu dengan hati yang tiada apa-apa perasaan.. as usual lah...

Setelah tiba straight gi check in, n waiting nama dipanggil.... doktor pon start lah menggamkan besi-besi itu ke gigi aku... tak tau lah dia pakai gam ape?? Tapi gam tu lagi kuat dari gam gajah lahhh... erm cuba pikir ape yang lagi kuat dari gajah, erm maybe gam “______ “ ( p/s : sila isikan ruang kosong dengan binatang atau benda yang dipikirkan). Siap nak keringkan gam tu, guna SINARAN ULTRA VIOLET.. huhuhuhuhuhu menakutkan jek bunyinya..
Then doktor suruh pilih warna getah yang nak letakkan kat gigi, erm aku pon dengan lajunya memilih warna pink.. bukan pink yg terang dari satu batu boleh nampak but a very-very humble pink... dengan kata lain pink yang malu-malu kucing iaitu nak kata warna pink.. erm adalah sikit, nak kata warna oren... dah dia memang warna pink camne lah pulak leh tukar warna oren.... apolahhhh POYO..

Setelah siap memasang besi-besinya, kitorg pon berangkat pulang... masa ni relaks lagi but after 10 minit, erm dah mula terasa sengal-sengal kat gigi.. and after 30 minute dah rasa sakit-sakit kapla n after 1 hour dah mula rasa nak hentak kapla tu kat tembok.. hahahaha sepanjang malam tu memanglah panadol jadi my very bestfren... every 3 hours mesti amik panadol... erm sakitnya sampai tak boleh nak buka mulut, inikan nak bercakap.. mulut kitakan tak biasa lagi dengan besi-besi tu, erm ape lagi abis lah dalam mulut aku ni bengkak-bengkak... so nak prevent daripada besi tu mengguris, menggores sehingga menang mulut kita, silalah guna wax.. iaitu lilin yang diletakkan kat besi yang tajam tu... so bila bila besi tu kena kat mulut takdelah rasa sakit sebab ada wax sebagai bahan pelincir.. OK paham tak anak-anak murid sekalian????

Memula pakai besi ni, bayangkan lah seminggu tu hanya makan bubur kosong sahaja... ikan bilis pon takleh nak kunyah.. dia punya sakit.. hanya Allah je yang tahu... mak aku dah sedih-sedih tengok aku takleh makan.. hahahahahha yelah dia merupakan pembantu peribadi aku dalam menambahkan peratus kandungan lemak dalam badan aku, so setelah bertahun-tahun ia terjaga rapi tetiba kandungan lemak itu MAYBE akan terurai.. mestilah suasana sedih akan melanda.. erm kesian...

But life must go on.. benda dah terjadi, takleh nak ulang balik.... redha jelahh... biarkan ia pergi... go go chayo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 6

Today is Monday and at 8 pm, i need to go to klinik gigi untuk cabut 2 buah gigi di bahagian kanan mulut pula.... (T_T) huhuhuhuhu erm da lah sakit kapla sebab gi jejalan kat sogo tgh-tgh panas.. erm terasa berat pulak nak pegi cabut gigi, yelah takut ada effect ker kat badan kita.. but aku pegilah jugak... PASRAH..sampai-sampai kat klinik, straight kena panggil masuk.. terus jek bius gigi n cabut gigi by doktor lelaki... erm rupa-rupanya terdapat perbezaan jugak klu kita wat treatment ngan doktor lelaki ngan doktor pompuan.. erm doktor lelaki ni adalah ganas sikit caranya nak mencabut gigi aku n membiuskan gigi aku.. masa bius ada terasa lebih sakit sikit dr doktor hari tu.. erm dasar lelaki.. Ganasss but funny.. yelah dah lah lepas cabut 2 btg gigi aku.. pastu dia buat nada panik pulak, “ Alamakk.. saya tersalah cabut lah. Kena cabut lagi gigi awak..” huhuhuhu panik kejap aku masa tu... erm tak tau lah klu betul dia salah cabut.. aku saman dia kat mahkamah... erm nasib baik dia kata just joking.. sebab tgk muka aku da hijau semacam jek.. hahhahahhahahah then masa nak mula cabut gigi aku... dia kata “ erm relaksss.. kalau awak terasa sakit masa saya cabut gigi awak, bagitahu saya tau ???”... erm aku pon berkata dlm hati” Aik da bius aku 4 kali pon tak kebas lagi.. ni reti ke x reti bius ni !!!!” aku ada perasaan sedikit bengang masa tu.. hahahhahah but luckily everything berjalan dengan lancar..... hohohoho nasib baik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 5

Today is Saturday... today i need to cabut my G.I.G.I... not 1 but 2 gigi yang sihat sejahtera dan comel-comel belaka.. gigi yang terpilih ialah gigi baby geraham atas and bawah bahagian kiri.. memula jumpa ngan orthodontist and doktor pasangkan besi kat gigi atas ngan bridge nye.... bila pasang bridge rasa susah nak telan something... sebab lidah kita terganggu coz ada besi melintang kat dalam lelangit kita... sebab bila kita nak menelan, lidah kita kan naik ke lelangit. So memang rasa pelik...

Then menunggu doktor lain untuk mencabutkan gigi kita... erm masa menunggu ni memang lah cemas giler.. takut sangattt.. yelah dah lama tak kena cabut gigi and kena inject kat gigi.... ah takut..

Then nama aku pon kena panggil... walauuu wehhhh... it’s show time.... memula doktor inject gigi... arghhh sakit tull.... 4 kali kena inject.. tapi kena inject kat lelangit paling sakitlah....doktor memang dah bagitau awal-awal yg kat lelangit mmg paling sakit sebab lelangit kita keras.... masa kena inject, aku tahan sakitnya sampai pejam-pejam mata.. then doktor pon cakap.. “ relaksss fiza, buka mata... nak cantik kenalah tahan sakit sikit...” aku rasa ayat ni dah jadi magic word sepanjang aku memakai rel keretapi ni...

then buat scaling gigi n after that cabutan gigi pon dibuat... gigi bawah bahagian kiri terpilih untuk dicabut dahulu.. tak rasa apa pon masa cabut sebab gigi dah kena bius... just rasa gigi digoyang sambil kepala dipegang oleh pembantu doktor... paling malas nak layan darah yg keluar dr gigi.. tensen giler... da lah geli nak telan air liur beserta darah tu..
eeii loya n rasa tak sedap.. erm bila gigi dah cabut, kesan biusnya tak hilang lagi.. erm apalagi, kalau tak perhatikan kapas kat gigi, kita tak perasan darah n bercampur air liur mengalir dr mulut kita... hahahhahahha memalukan sungguh.. nak-nak kita tak bawak tisu.. 2 X memalukan.... hahhahahha.... yelah dah kita takleh nak kontrol mulut kita masa tu.... i feel numb.... menggelikan org tgk jek... hohohohoho

sebelum cabut gigi kan doktor pasangkan besi kat gigi atas.. erm besi kat gigi atas bhgn kiri menyebabkan bhgn pipi kiri dlm mulut aku luka and pedih.. waduh-waduh berdenyut-denyut.. mengalahkan sakit cabut gigi.. (T_T) so bila ngunyah makanan mestilah kunyah kat bahagian kanan gigi, sebab gigi sebelah kanan belum kena cabut.. so bila start mengunyah kekadang tergigit bahagian sebelah kiri dalam pipi... erm terasa cam tengah makan daging sendiri jek sebagai perencah dalam makanan... huhuhuhu

lepas cabut gigi.. aku, kakak aku n anak-anak buah aku pergi umah mak ndak aku.. sampai jek kat umah mak ndak aku, dia tanya , “ tak sakit ker???” erm aku ceritalah betapa sakitnya gigi aku ni... then dia pon cakap “ erm nak cantik .. kenalah tahan sakit sikit ..” kan aku dah cakap.. ini adalah magic word yg selalu diulang-ulang sepanjang aku pakai rel keretapi... hish..hish..hish...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kelakar ke tak????

Erm aku suka tgk cerita korea FULL HOUSE, tulah kerja aku tiap-tiap mlm. Erm cerita ni mengenai lelaki n pompuan ni kawin kontrak walaupun baru berjumpa sebab nak hindarkan gosip plus patah hati. Yang menjadikan cerita ni best ditgk sebab diorang ni selalu bergaduh sesame sendiri. Very exciting….. biasak ah manusia, kalau bab-bab gaduh ni ramai jek penontonnya, dasar caring. Nak dipendekkan cerita, pompuan ni suka lah sesangat bercerita cerita yg lucu but, lelaki tu tak penahlah rasa kelakar ngan cerita pompuan tu, kena marah balik adalah.. Erm pelik... but aku rasa pompuan tu pandai buat lawak, kelakar giler.. sehari semalam aku tersengih kalau teringat cerita lawak dia.. hehe. One of the story yg aku suka ialah cerita mengenai sang kura-kura and si arnab. Ceritanya camni:

Pada suatu hari sang kura-kura berlumba lari dengan si arnab. Walaupun si arnab telah jauh tinggalkan sang kura-kura, tetapi sang kura-kura ni tetap tidak berputus asa untuk mengejar si arnab. Sang kura-kura berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu. Tetiba semasa sang kura-kura sedang berlari, dia ternampak si siput juga sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh berlari. Sebab kesiankan si siput tu, sang kura-kura pun berkata kepada si siput,

Sang kura-kura : Hei!! Marilah aku mendukung ko, and kita sesama lari ke garisan penamat.
Si siput : erm boleh jugak.

So, sang kura-kura pun meneruskan lariannya, still dengan bersungguh-sungguh dengan si siput diletakkan dibelakangnya. Tetiba dia ternampak sang ulat pulak yang sedang berlari dengan berusahanya. Dia pun menegur sang ulat.

Sang kura-kura : Hei !!! kesian ko, mehlah aku bawak ko and kita sesama berusaha berlari ke garisan penamat.
Sang ulat : erm bagus jugak idea ko tu....

Sang kura-kura pun meletakkan sang ulat dibelakangnya bersama-sama dengan si siput. Si siput pun memandang kepada sang ulat dan berkata......

Cuba teka apa yang si siput cakap ????? bagi masa 10 saat.... 3..2...1... ok dah???

Si siput pun cakap, “ Ulat pegang kuat-kuat, sebab sang kura-kura ni lari dengan laju betul..... “.

Heheeheehehhe sepanjang hari... kelakarkan??? kan??? Kan???? Erm ape!!! tak kelakar???? Erm kalau ko rasa tak kelakar, ko memang pelik orangnya!!!! P.E.e.L.i.i.i.k.k.K.k!!!!!! (^O^)

p/s : cerita kura-kura ni bukan sebijik sebotol cam dlm cerita tu... aku da ubah ler sesikit.. hehehhehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 4

Lepas seminggu, pegi balik klinik… doctor keluarkan getah yg annoying tu.. erm memang ada ruang antara gigi… erm berjarak jugaklah antara gigi geraham besar and baby geraham… what a miracle…..

Then doctor letakkan besi yang dibuat berdasarkan acuan tanah liat tu, kat 2 gigi geraham bahagian bawah… untuk memasukkan besi tu kat gigi geraham, doctor letakkan cam spatula but tajam hujung nya ( tak tahu nak panggil apa benda tu, tapi doctor gigi selalu guna untuk check or cungkil something dr gigi kita) kat besi tu and needs me to gigit kuat spatula tu then besi tu masuk sendiri.. erm takut jugak masa tu.. manalah tahu, tersalah gigit and tersasar then terkena gusi…. Walauu weh.. tapi doktor tu terel, so mesti takkan jadi macam tu. Huhuhu nasib baik...

After that doctor ambil balik acuan bagi gigi atas.. maybe acuan hari tu tak bagus kot sebab bagi bahagian atas gigi aku, kena buat extra procedure sket… kena tambah bridge antara gigi geraham atas sebelah kanan and sebelah kiri…. Kenapa???? Erm doktor dah terangkan banyak kali, kenapa nak letakkan bridge.. but aku jek yg tak paham-paham... lambat sket.. bukan sikit.. banyak sebab sampai sekarang pon aku tak paham lagi...

Then that’s it untuk minggu ni, just tambah besi kat 2 gigi geraham bhgn bawah, letakkan getah balik kat bahagian gigi atas sebab acuan gigi bhgn atas tak siap lagi n heading home…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 3

Hari ini adalah hari membuat acuan gigi... nampak macam mudah tapi sebenarnya agak susah... bayangkan sekepal tanah liat diletakkan didalam acuan gigi dan dilekapkan di gigi kita.. bagi gigi bawah memang mudah.. tapi bila diletakkan di gigi atas, doktor dah nasihatkan dulu..” jangan panik, bernafas macam biasa “...

Memanglah kena coooll jer masa amik acuan bahagian atas... sebab terasa macam sesak nafas n kalau panik, rasa macam nak muntah....

After amik acuan, doktor pon meletakkan 8 getah kat 4 biji gigi geraham, sebab nak adakan ruang coz nak letakkan besi kat gigi tu sebagai TIANG SERI... haha.. erm bila dikatakan letak getah, rasa macam simple gila kerja ni... tapi ya ampun.. sakitnyeee sampai tak leh nak mengunyah makanan... aku kalau dah penat nak tahan sakit tu, aku telan jek nasi yang ada. Klu nak hancurkan makanan, pakai jek gigi depan... agak-agak dah hancur, aku terus jek telan... hahaha

Pakai getah ni, rasa macam ada daging terselit kat gigi, tapi tak dapat nak keluarkan.. what an annoying thing… doctor pesan jugak, klu sakit.. telanlah panadol… erm bayangkanlah siap suruh telan panadol erm betapa sakitlah gigi masa tu… kakak aku cakap ni baru jek sakit sikit, lum lagi pakai besi…. Waduh-waduh ntah macamana sakit agaknya.. huhu.. tapi memang sengsara tul pakai getah ni..

Petang tu pegi jln kat The Mall ngan akak, abg aku n family dia... erm masa aku tgh sakit gigi nilah abg aku nak belanja Pizza.. erm tak pedulik... sakit ke tak aku telan jek pizza tu... hohohohoho... erm kakak ipar aku tanya, sakit tak??? Erm aku ckp, memang sakit tapi nak cantik kenalah tahan sakit.. hohohoho... benci jek org dengar aku cakap... but it’s true what !!!! tgk omputih wat plastik surgeri, sengsara idop diorg... itu semata-mata nak cantik jek!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 2

Pegi wat X-ray gigi kat hospital Tawakkal kat jln pahang... kena amik X-ray bahagian sisi and depan gigi... erm aku pelik tgk tukang amik x-ray menekan butang x-ray dr luar bilik... maybe dia tak nak kena bahan radioaktif kot... after x-ray, terasa pening-pening lalat sebab bila amik x-ray dr bhgn sisi ada benda kena masuk dlm telinga.. ada rasa tak sedap sikit... and rasa loya...

Tapi lepas x-ray, aku ngan kakak aku meround satu kl, semata-mata nak cari lampu nak letakkan kat living room rumah dia... erm dr sungai besi ke IKEA.. then balik umah lepas jumpa lampu yang dia nak.. finally....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

The 1st job…

Erm setelah lama memberehatkan n menggajahkan diri, aku pun decide nak keje sambilan kat hukm. Aku dapat info, café kat situ nak pakai pekerja drpd member aku yg bekerja kat situ. So kitaorg decide nak cuba nasib kat situ. Yelah saje jek nak penuhkan masa yang terluang. But now I already resign from that job. It’s hard to resign you know. Sedihhh... Sebab keje kat situ mmg best. Yelah kerja ngan bebudak yg bawah umur & baru abis sekolah, memanglah perangai kita jadi bebudak jugak.. it’s far from the educated thing .. you know.. tak payah lah bersusah-payah memikirkan logik n teori-teori yang terdapat macam dalam buku-buku tebal tu.. just go with the flow... n be yourself..

Apa jawatan aku kat situ???? Huhuhuhu as junior cashier... it’s fun when we had a chance to meet people with the different kind, race, desease, pangkat & whatsoever. Aku dok kat situ, asyik study je people behaviour. Erm pesakit ni camni... erm doktor camni perangai nye... erm everything dr hujung rambut ke hujung kaki... erm kalau dah jenis mamarazzi, mamarazzi jugak... hahahhahahah

Tak kurang jugak yg memandang rendah kat kita ni.. yelah just ‘cashier’ mesti bukan belajar tinggi... & org-org kat situ kan belajar sampai ke U, erm senang jek nak pijak n pandang rendah kat kita... erm memang berlagak sungguh bakal-bakal doktor kita ini.. erm hancur semua the good thought about doctor in my head.. yelah dr kecik kita ni di brain wash yg doktor ni seorg yg mulia, baik n whatever... tapi sebenarnya diorang ni just a normal person like us jugak.... ada yg nakal, baik, bengong, mulut jahat n bijak gila membengangkan org, n ada yg jenis tau dia jek yg betul.... ada sorang tu annoying sungguh budaknya.. hish tensen aku kalo dia nak bayar kat counter aku.. semua benda dia nak beli, dia tanya kita dulu.. nak letak dlm ape, boleh ke dalam ni, ni kuah dia ker???? Arggghhhh tensen aku... memang tak salah bertanya, tapi jgnlah sampai buat org yg ditanya tu tensen n rasa macam nak marah semua org kat dalam cafe tu... tak dapat bayangkan kalo aku dok serumah ngan dia... erm tak payah bayangkanlah, nanti aku dapat mimpi ngeri plak malam karang...

Kenapa aku berhenti????? Erm panjang cerita nya... Apa ??? Pendekkan ??? erm kalau nak pendekkan, erm Dragon ball ada 7 biji semuanya. Itulah dia ceritanya setelah buat ringkasan... erm kalo dah ckp ‘pjg ceritanya’ maknanya malaslah nak cerita.... nanti hari pon malam, cerita tak abis-abis...

Erm setelah 2 bulan aku bekerja kat situ, it’s time aku mengangkat kaki aku sendiri... just have to move on.. but it’s a good job though, yelah ada geng satu kapla, buat ‘ketupat, lemang n rendang’ sume buat sesama. Nak cari geng yg sama kapla ni bukan senang tau... ermm sayang tul nak tinggalkan situ... but i had to... it’s a must.... so sekarang aku rasa dah cukup dah aku study about people at that place, da boleh buat kertas kerja... hahahahahha

Memories???? Aku tak tau lah benda yg terjadi ni, aku nak kategorikan dlm ‘good or bad memory’... kekadang aku ditugaskan jaga cafe kat tingkat 7 sensorang. Akulah yg buat air, akulah yg mengemas, akulah everything tapi tak masuk basuh pinggan .. sebab tu mat bangla yg buat ok!!!!.. hari tu betul-betul aku nak teerkucil... penat menahan, tetiba dtglah sorang customer ni. Agak berumur, maybe 40 something...Dia order teh tarik n tunggu kat meja makan... aku plak buat ah air nya sambil melompat-lompat kat dapor sebab nak menahan terkucil.. hahahhahah... aku hantar airnya n tanya dia whether dia kisah ke tak, aku nak mintak tolong dia tgkkan counter cashier aku sekejap, coz aku nak gi toilet... dia ckp tak kisah.. just tengok saje kan??? so aku pun pegi ah melepaskan hajat.. hahahahha

Balik jek kat cafe dgn senang hatinya sambil menyanyi-nyanyi kecil, aku terperanjat tgk kwn aku tgh tunggu aku sebab hantar makanan tengahari dr cafe utama. Dia tanya sapa yg angkat telefon tadi... suara lelaki... erm aku ckp customer tu kottt.. erm baiknya siap tolong angkat telefon & explain kat kawan aku yg aku pegi toilet... setelah dua minggu berlalu, tetiba keluar berita yg berlaku kecuaian dlm hospital ni & the pengarah need to give explanation about that case.... tup.. tup.. the pengarah is someone that look very familiar to me... erm that was the customer yg tolong aku jaga cafe n angkatkan telefon aku... hahahahaha aku hanya boleh ketawa sambil tercengang-cengang.... so i wanna ask you whether it’s the good or bad memories??????? Hahahaha nasib baik aku siap belanja dia minum & makan kuih sebab tolong aku jaga cafe kejap... dia siap tergelak sebab aku belanja dia.. erm patut pon dia gelak.. aku siap belanja pengarah tu....

Bengongnya dak apis....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 1

Orang kata jangan mengubah kejadian Allah.. berdosa... kalau ia adalah 2 batang gigi yg agak tidak normal, adakah kita ingin mengubahnya ????

Aku plak penatlah termenung memikirkan samada aku nak buat gigi besi ke x??? Tu tak pikirkan lagi kesakitan yang perlu dihadapi... Aku pening.. kengkawan aku ramai yang tak bagi aku memperbetulkan gigi aku ni.... sweet diorg cakap... ye ker?????? Erm maybe diorg dah biasa tgk aku ngan gigi aku.. Tapi aku tak dapat lagi buat keputusan.... last-last aku ikut jek cakap kakak aku.. yelah dia jugak yg beria-ia menyuruh aku buat breaces.....

Then the appointment with doktor ditetapkan pukul 8.00 mlm... sebelum doktor check aku bagi tau kat dia yang gigi aku ni kompleks...then doktor pon check and bile dia selesai check gigi aku dia pon kata, “ erm gigi awak memang kompleks”... erm kan aku dah kata.... then dia suruh pegi wat X-ray untuk gigi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments