Kelakar ke tak????

Erm aku suka tgk cerita korea FULL HOUSE, tulah kerja aku tiap-tiap mlm. Erm cerita ni mengenai lelaki n pompuan ni kawin kontrak walaupun baru berjumpa sebab nak hindarkan gosip plus patah hati. Yang menjadikan cerita ni best ditgk sebab diorang ni selalu bergaduh sesame sendiri. Very exciting….. biasak ah manusia, kalau bab-bab gaduh ni ramai jek penontonnya, dasar caring. Nak dipendekkan cerita, pompuan ni suka lah sesangat bercerita cerita yg lucu but, lelaki tu tak penahlah rasa kelakar ngan cerita pompuan tu, kena marah balik adalah.. Erm pelik... but aku rasa pompuan tu pandai buat lawak, kelakar giler.. sehari semalam aku tersengih kalau teringat cerita lawak dia.. hehe. One of the story yg aku suka ialah cerita mengenai sang kura-kura and si arnab. Ceritanya camni:

Pada suatu hari sang kura-kura berlumba lari dengan si arnab. Walaupun si arnab telah jauh tinggalkan sang kura-kura, tetapi sang kura-kura ni tetap tidak berputus asa untuk mengejar si arnab. Sang kura-kura berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu. Tetiba semasa sang kura-kura sedang berlari, dia ternampak si siput juga sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh berlari. Sebab kesiankan si siput tu, sang kura-kura pun berkata kepada si siput,

Sang kura-kura : Hei!! Marilah aku mendukung ko, and kita sesama lari ke garisan penamat.
Si siput : erm boleh jugak.

So, sang kura-kura pun meneruskan lariannya, still dengan bersungguh-sungguh dengan si siput diletakkan dibelakangnya. Tetiba dia ternampak sang ulat pulak yang sedang berlari dengan berusahanya. Dia pun menegur sang ulat.

Sang kura-kura : Hei !!! kesian ko, mehlah aku bawak ko and kita sesama berusaha berlari ke garisan penamat.
Sang ulat : erm bagus jugak idea ko tu....

Sang kura-kura pun meletakkan sang ulat dibelakangnya bersama-sama dengan si siput. Si siput pun memandang kepada sang ulat dan berkata......

Cuba teka apa yang si siput cakap ????? bagi masa 10 saat.... 3..2...1... ok dah???

Si siput pun cakap, “ Ulat pegang kuat-kuat, sebab sang kura-kura ni lari dengan laju betul..... “.

Heheeheehehhe sepanjang hari... kelakarkan??? kan??? Kan???? Erm ape!!! tak kelakar???? Erm kalau ko rasa tak kelakar, ko memang pelik orangnya!!!! P.E.e.L.i.i.i.k.k.K.k!!!!!! (^O^)

p/s : cerita kura-kura ni bukan sebijik sebotol cam dlm cerita tu... aku da ubah ler sesikit.. hehehhehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: