ALKIMI..

Kita pernah berkata “ apa akan berlaku kalau kita mati di sini...?”
Erm, semua orang akan menjadi sedih.
Tetapi itu cuma pada orang yang mengenali kita. Pada masyarakat, kematian kita langsung tidak akan memberi kesan kepada mereka. Kehidupan tetap akan diteruskan, seolah-olah tiada apa yang berlaku.
Kalau kehidupan kecil seperti saya mati, yang tinggal hanyalah badan sahaja.
Air, karbon, ammonia, limau, fosforus, nitrat, sulfur, florida, magnesium, zat besi, mangan, aluminium dan silikon.
Tubuh kita terdiri daripada semua bahan-bahan itu.
Ia kemudiannya akan musnah dimakan oleh bakteria dan bertukar menjadi baja kepada tumbuh-tumbuhan.
Tumbuh-tumbuhan itu pula akan dimakan oleh haiwan vegetarian.
Kemudiannya daging haiwan itu akan dimakan oleh haiwan pemakan daging.
Ianya akan menjadi suatu kitaran yang berterusan.
Aliran kehidupan, ianya terlalu luas untuk dilihat dengan mata kasar.
Kita adalah sebahagian kecil dari aliran kehidupan. Ya, kita sebahagian darinya.
Seluruh alam semesta ini pula adalah terbentuk dari gabungan semua bahagian-bahagian kecil itu.
Kita semua hidup berdasarkan pada peraturan alam semesta yang tidak terkira.
Kemusnahan dan membina objek berdasarkan pada peraturan itu.
Itulah yang dipanggil sebagai ALKIMI.
p/s : dipetik daripada komik Fullmetal Alchemist.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: