Kisah Kesakitan..

Hari ini aku agak malang. Erm baru hari ni aku sedar yang rupa-rupanya dah lama rupanya aku tak terluka by pisau. Erm lebih satu dekad jugaklah rasanya aku tak penah berdarah kat jari...aku pon dah terlupa bagaimana perasaannya apabila jari kita terluka.. kejadiannya camni... hari ni aku nak pisahkan sosej yg still beku, aku dengan bijaknya pon menggunakan pisau yang bernama Chopper.. alahhh yg bersaiz besar tu.. despite all a smaller knife yg ada kat umah aku, aku tak tau atas point ape aku berpendapat bile menggunakan pisau yg besar akan mempercepatkan proses pemisahan di antara sosej-sosej itu.

Selalunya aku begitu berhati-hati apabila tangan kiri ku memegang sosej.. ntah macamana aku memegang sosej itu di bahagian bawah iaitu betul-betul tepat di bawah tempat letaknya hujung pisau Chopper untuk membuat pemotongan sosej. Setelah aku memberikan tekanan yang kuat kepada pisau itu, maka sosej itupon terpotong dua SAMBIL ia menusuk terus ke jari manis ku yang terletak betul-betul di bawah sosej tersebut.

Huhuhuhu aku hanya mampu terdiam melihatkan darah yg keluar dari jariku.. erm aku mulalah describe camne rasanya bila jari kita terluka.. oooooo (^o^) rupanya rasa cam ngilu and horror sebab nampak cecair berwarna merah keluar tanpa henti. Dari kandungan darah yg keluar aku agak mesti besar lukanya. But sebenarnya adalah 0.5 cm jek panjang lukanya. Tak teruk pon.. tapi sebab nampak banyak darah rasa cam nak panik. Hehehehe lagipun dah lah tak pakai handyplast (sebab sayang... Handyplast warna-warni) bila nak ikat rambut terasa ngilu sebab luka kena kat rambut.

Then bila malam tetiba aku terasa ngilu kat jari hantu (tengah) kat tangan kiri jugak.. telek punya telek rupa-rupanya jari tu pon luka gak.. dari mana dapat luka tu,aku tak tau tp yg pasti dia tak keluar darah tapi terasa ngilu.. dah tak pasal-pasal aku basuh muka malam tu hanya menggunakan tangan kanan dan jari telunjuk n ibu jari bg tangan kiri.. huhuhu malang.. malang...

I guess macam tulah agaknya idop ni, yelah setelah kita sekian lama kita hidop dalam keselesaan, kita lupa apa ertinya kesakitan. Macam tulah jugak kalau kita dah berjaya, gaji berpuluh-puluh ribu, kita jadi lupa pada orang yang memerlukan dan juga memandang rendah kepada orang yang di bawah kita, pada hal suatu masa dahulu di bawah itulah tempat kita bersusah-payah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

0 comments: