Smoker VS Wanita

Baru-baru ni aku ada culture shock sikit dengan tempat keje aku ni… haha biasanya kita dengar conversation antara kawan pompuan and lelaki..

Pompuan : ek ko dapat bonus ni, belanja ler aku ???
Lelaki : Ko nak makan ape??
Pompuan : Tak kisah pon ..
Lelaki : OK kat kedai depan, lepas ko abis keje.. aku tunggu..
L & P : Setttttttt

Itu adalah conversation yang biasa....
Baru-baru ni aku dengar yang tak biasa... hehehhehe

Pompuan : ek ko dapat bonus ni, belanja ler aku ???
Lelaki : Ko nak makan ape??
Pompuan : Alah aritu dah makan, belanja benda lain ah pulak??
Lelaki : OK, Pe dia.....????
Pompuan : Pall Mall Merah satu.. besar nye ok???
Lelaki : Herm amiklah...

Hahahhaaha aku hanya mampu tergelak jek.. yelah zaman dah berubah.. manusia semakin moden samada dari segi pemikiran, kesopanan serta pemakaiannya. Bila aku duduk kat sini, lebih kurang 95% pompuan yg tinggal kat kawasan ni merokok.. aku taklah terperanjat sangat yg pompuan ni merokok..(i’m not that naive .. ok) sebab among kawan aku pon ada yg merokok.. i don’t know the reason, but MAYBE i guess when a lady is a smoker, there is other thought about her like she is tough, educated, modern, senang untuk dibawa berbincang, open minded..... (you go girl !!!! make me proud, muahhh XXX– ini suara latar belakang)

like my friend once told me, when kita lepak kat coffee bean klcc there is more lady smoker that the man... it’s like bila seseorang perempuan tu merokok di tengah-tengah khalayak ramai like darjat or martabatnya sama ngan lelaki.. like apa yang lelaki boleh buat, pompuan boleh buat jugak... it’s not a thing that they need to be ashame off, itu namanya adalah PRIDE of a women.. aku pon rasa yang diorang ni should be proud of themself.. you deserve it... after all you has pull out huge courage to take that risk!!

aku bukan tulis ni sebab aku anti perempuan yang merokok. NO.. sebenarnya aku respect and pandang tinggi kat diorang, kerana diorang ni telah mengambil risiko yang besar di dalam kehidupan diorang. Kerana diorang ni jugaklah manusia seantero dunia nie telah menukarkan pandangan serta pendapat mereka ke atas manusia yang bernama PEREMPUAN or WANITA... once again (you go girl !!!! make me proud, muahhh XXX– ini suara latar belakang)


Aku ?? herm memang takut nak amik risiko.. takut terlajak perahu and tak boleh undur sebab takde gear untuk reverse, nak guna pendayung.. pendayung dah kena hanyut dak air.. nak guna tangan, takut kena makan ngan ikan jaws (anda semua kena paham, situasi sekarang nie, aku berada di tengah-tengah lautan pacific, buang masa jelah aku nak naik perahu and pegi setakat tepi-tepi pantai.. alang-alang aku belayar, baik aku pegi jauh-jauh) herrrmmmm hopelesss... hahahhahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

sELaMAt TaHUn BarU CiNa....

Dung dung cheng.. dung dung cheng…. dung dung cheng….

Selamat Tahun Baru Cina.. Bila tiba je musim ni, aku paling suka makan limau mandarin. Actually aku ni bukannya penggemar makan limau. Tengok pun tak berselera.. offer ah camne pon.. mmg aku tak minat nak makan limau tu.. Apabila tiba musim ni jek aku sesibukkan diri membeli limau mandarin yang satu kotak tu.. tahun- tahun sebelum ni, masa tu kat UTM, aku mesti ajak farah gi JUSCO gi beli limau and kongsi duit ngan dia beli limau.. sekarang x lagi... erm I MISS JUSCO.. huhuhuhuhu

Yang paling aku suka tentang limau mandarin ni bukan pasal kemanisannya tetapi plastik merah yang balut setiap buah yg ada kat dalam kotak tu.. aku tak tau lah kenapa dia guna plastik merah.. maybe warna tu matching ngan warna perayaan CNY itu sendiri...

KENAPA aku suka plastik dia?????? Hehehehe reason dia senang jek... lepas kopek kulit limau, boleh buang terus dalam plastik tu.. tak yah sepah-sepah atas lantai atau amik pinggan nak letak kulit ataupon biji limau... huhuhuhu aku rasa benda tu convinient.. hahahhaha...


Mesti rasa aku ni pelik???? Tapi dah aku suka !!! nak buat camne :P


Dung dung cheng.. dung dung cheng…. dung dung cheng….

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

CrUEL tO bE KiNd

aku suka giler cerita '10 things I hate about u'.. kat dalam citer tu ada lagu yg bertajuk 'Cruel to Be Kind'.. best giler lagu tu.. lagu ni takde ape-ape maksud atau kena mengena dengan idop aku tapi tak tau lah korang camne plak.... one thing for sure, aku memang suka girl band. your rockzzzzz.........

CRUEL TO BE KIND by Letter To Cleo


Oh I can't take another heartache
Though you say you're my friend
I'm at my wits end
You say your love is bonafide
But that don't coincide
With the things that you do
And when I ask you to be nice
You say you gotta be



Cruel to be kind, in the right measure
Cruel to be kind, it's a very good sign
Cruel to be kind, means that I love you
Baby (you gotta be cruel)
You gotta be cruel to be kind


Well I do my best to understand dear
But you still mystify, and I wanna know why
I pick myself up off the ground
To have you knock me back down
Again and again
And when I ask you to explain
You say you gotta be


Cruel to be kind, in the right measure
Cruel to be kind, it's a very good sign
Cruel to be kind, means that I love you
Baby (you gotta be cruel)
You gotta be cruel to be kind
oou ou ou ou ou ou......


Well I do my best to understand dear
But you still mystify, and I wanna know why
I pick myself up off the ground
To have you knock me back down
Again and again
And when I ask you to explain
You say you gotta be


Cruel to be kind, in the right measure
Cruel to be kind, it's a very good sign
Cruel to be kind, means that I love you
Baby (you gotta be cruel)
You gotta be cruel to be kind
(Cruel to be kind), in the right measure
(Cruel to be kind), it's a very, very, very good sign
(Cruel to be kind), means that I love you
Baby (you gotta be cruel)
You gotta be cruel to be kind

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

sELaMAt TaHUn BarU....

Tahun baru pun menjelma…

Erm nak tau rahsia tak????? Aku bgtau satu rahsia pasal aku ek….. erm sebenarnya.. aku tak tau pon selama ni aku ada buat azam untuk tahun baru ke tak???.. rasanya tak penah.. so dr sini dapatlah disimpolkan bahawa aku nie adalah seorang yang tidak mempunyai sebarang goal untuk idop, takde sebarang perancangan untuk memajukan diri, sort of boring person sebab tak berkembang.. asyik buat benda yang sama jek, but aku still ada pedoman hidop…

Sebelum ni aku tak sedar pon BENDA ni... sehinggalah aku dibangunkan dari kehidupan aku yg ‘selesa’ ni oleh seorang wanita yang berpangkat ‘head of HR’.

The story is aku pegi interview kat satu company ni, then she ask me ‘tell me something about you that you do not put it in the resume???’ aku just terpaku... tak tau nak cakap apa... then dia tanya lagi ‘what is your goal??’, aku terdiam lagi... herm soalan ni lagi susah dr yang tadi, macamana aku nak jawab???? Aku terkedu.....

Setelah beberapa minit dia lihat aku terkedu, dia pon mengambil maker pen then start menulis n membuat kotak-kotak di atas white board. Then dia bersuara ‘you tak boleh macam ni... i lihat you macam orang yang takde hala tuju dalam hidop. You kena ada goal but sebelum tu you kena tahu your strength and your weakness’, after that she start list kan semua strength n weakness aku...

Setelah dia selesai menyenaraikan semua strength aku, aku baru sedar... ooooo rupanya aku ada benda ni, kenapa selama ni aku tak tau... then she listkan my weakness, ooooo aku memang sedar akan kelemahan tu, but aku rasa aku ego nak mengakuinya and aku buat-buat tak tahu.. hahhahha setelah selesai kedua-dua benda tu, dia pon list kan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi kelemahan aku...

Aku rasakan bagai batu konkrit yang besar jatuh kat atas kepala aku. Kenapa selama ni aku tak pernah perasan? Baru ake sedar yang selama ni, aku tak kenal sapa diri aku sendiri.. sape aku sebenarnya??? Apa yang aku suka.. apa yang aku benci.. apa yang aku puji... Aku benar-benar berterima kasih kat dia sebab sedarkan aku yang rasanya tengah betul-betul lemas herm walaupon kat atas darat.. terima kasih juga sebab tunjukkan arah jalan yang perlu aku lalui walaupun banyak lagi simpang-simpang jalan yang aku tak tahu ke mana tujunya. Thank you so much..

So sekarang i guess aku sudah ada azam yg betul-betul baru dalam hidup aku.... Sooo HEYYY to the new year and semoga tahun ni menjadi tahun yang terbaik dari tahun-tahun yang sudah.. AMIN...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Kesakitan..

Hari ini aku agak malang. Erm baru hari ni aku sedar yang rupa-rupanya dah lama rupanya aku tak terluka by pisau. Erm lebih satu dekad jugaklah rasanya aku tak penah berdarah kat jari...aku pon dah terlupa bagaimana perasaannya apabila jari kita terluka.. kejadiannya camni... hari ni aku nak pisahkan sosej yg still beku, aku dengan bijaknya pon menggunakan pisau yang bernama Chopper.. alahhh yg bersaiz besar tu.. despite all a smaller knife yg ada kat umah aku, aku tak tau atas point ape aku berpendapat bile menggunakan pisau yg besar akan mempercepatkan proses pemisahan di antara sosej-sosej itu.

Selalunya aku begitu berhati-hati apabila tangan kiri ku memegang sosej.. ntah macamana aku memegang sosej itu di bahagian bawah iaitu betul-betul tepat di bawah tempat letaknya hujung pisau Chopper untuk membuat pemotongan sosej. Setelah aku memberikan tekanan yang kuat kepada pisau itu, maka sosej itupon terpotong dua SAMBIL ia menusuk terus ke jari manis ku yang terletak betul-betul di bawah sosej tersebut.

Huhuhuhu aku hanya mampu terdiam melihatkan darah yg keluar dari jariku.. erm aku mulalah describe camne rasanya bila jari kita terluka.. oooooo (^o^) rupanya rasa cam ngilu and horror sebab nampak cecair berwarna merah keluar tanpa henti. Dari kandungan darah yg keluar aku agak mesti besar lukanya. But sebenarnya adalah 0.5 cm jek panjang lukanya. Tak teruk pon.. tapi sebab nampak banyak darah rasa cam nak panik. Hehehehe lagipun dah lah tak pakai handyplast (sebab sayang... Handyplast warna-warni) bila nak ikat rambut terasa ngilu sebab luka kena kat rambut.

Then bila malam tetiba aku terasa ngilu kat jari hantu (tengah) kat tangan kiri jugak.. telek punya telek rupa-rupanya jari tu pon luka gak.. dari mana dapat luka tu,aku tak tau tp yg pasti dia tak keluar darah tapi terasa ngilu.. dah tak pasal-pasal aku basuh muka malam tu hanya menggunakan tangan kanan dan jari telunjuk n ibu jari bg tangan kiri.. huhuhu malang.. malang...

I guess macam tulah agaknya idop ni, yelah setelah kita sekian lama kita hidop dalam keselesaan, kita lupa apa ertinya kesakitan. Macam tulah jugak kalau kita dah berjaya, gaji berpuluh-puluh ribu, kita jadi lupa pada orang yang memerlukan dan juga memandang rendah kepada orang yang di bawah kita, pada hal suatu masa dahulu di bawah itulah tempat kita bersusah-payah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Ranma 1/2

Aku baru saje beli komik ranma nibunnoichi (ranma ½), buku nombor 38…. Setelah abis baca buku tu, aku tetiba rasa macam sedih gile, cam something missing… huhuhuhuhu.. nak tahu kenapa????? sebab cerita Ranma dah abis.. dah takde cerita baru tentang Ranma lagi.. erm baru jek 38 buku dah abis!!!!.. Conan aku tertunggu-tunggu bila nak abis, pun tak abis-abis… itu pun dah sampai buku ke-51.. sampai sekaranglah Conan kurang maklumat tentang Geng Berbaju Hitam tu.. erm tetiba Ranma yang dah abis dulu.. huhuhuhu sedihnya.. sedihnya.. sedihnya...

Ranma basically merupakan cerita mengenai lelaki yang telah termasuk ke dalam kolam sakti yang menukarkannya kepada perempuan apabila terkena air sejuk semasa sedang berlatih kungfu bersama bapanya. Ranma akan bertukar kembali kepada rupa lelaki sekiranya air panas disiramkan ke atasnya. Cerita ini bertambah interesting apabila Ranma perlu ke jepun untuk berjumpa dengan rakan ayahnya dan dipaksa bertunang dengan salah seorang anak gadis rakan ayahnya itu. It gets more excited apabila plot cerita ditambah dengan watak tunang yg ganas tetapi comel, bapa ranma yg boleh bertukar kepada Panda yang comel but membencikan, lelaki yang tiada sign of direction n boleh bertukar kepada babi, gadis yg comel dan boleh bertukar kepada kucing, lelaki yang rabun teruk n boleh bertukar kepada itik.. n many more....


But look at the bright sight, aku nampak banyak jugak kelebihannya :
1: kurang duit nak spent ke atas komik.. boleh guna duit yang sebelum ni guna untuk beli Ranma, untuk beli komik lain atau benda lain or just save it…
2: eh rupa-rupanya aku hanya dapat pikirkan satu advantage je.. huhuhuhu
3: ..........................................
4: ..........................................

Erm untuk B.E.L.A.G.A.K dengan ema, aku nak announcekan yang aku telah melengkapkan lagi satu set komik aku.. huhhuhuhu aku ngindu kat Ranma n Akane.. the thing that i miss the most is the PANDA.. tak tau lah sebabnya, tapi rasanya yg kelakar tentang dia.. apabila dia bertukar kepada Panda dia takleh nak bercakap.. so dia gunakan papan tanda.. so everytime berbual dengan dia, orang lain terpaksa tunggu lama dia nak balas balik percakapan tu, sebab nak tunggu dia habis tulis atas papan kenyataan guna marker pen.. tensen jek sume orang hahahahaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Grey's Anatomy

Tengok tak cerita GREY’s ANATOMY kat tv3.. cerita dia berkenaan a group of new medical doktor trying to adapt between theory and the practical stuff to being a real doktor.. erm bila aku tengok episode pertama, benda pertama yang aku terpikir is tentang cerita yg aku tulis dulu tentang doctor yang berlagak… bila aku tengok cerita ni aku rasa aku patut tarik balik kata-kata tentang doktor yang berlagak..

for me, secara peribadinya aku rasa memang patut doktor ni berlagak... yelah setelah tengok daripada episod pertama bukan senang kita nak buat keputusan ubat apa yg nak bagi pada patient n kaedah apa nak guna bila ada emergency n pada masa tu jugaklah the senior doktor takde pulak then our knowledge is just teori semata-mata tak pernah pun handle situasi yang sebenar n semua jururawat kat situ memandang and mengharapkan kita beri arahan.. erm termuntah-muntah selepas buat keputusan tu sebab tekanan yang kita hadapi.. yelah ia bukan benda yang boleh dibeli dengan duit.. like komputer yang kena virus, kalau rugi pun berjuta-juta ringgit. Still boleh diukur dalam nilai RINGGIT MALAYSIA. But it's a life, kehidupan seseorang yg tidak boleh dibeli semula setelah kita kehilangannya.

Huhuhuhu besar tanggungjawabnya.. so for the medical doktor, aku takkan terasa tensen lagi apabila ekau-ekau semuo memberlagakkan diri lagi... aku reda jek... you deserve it...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

MUNGKIN HANYA TUHAN

MUNGKIN HANYA TUHAN…
YANG TAHU SEGALANYA..
APA YANG KU INGIN KAN..
DI SAAT-SAAT INI… OOOOHHHH

Erm.. sekarang apa yg berlaku aku hanya mampu redha jek… pernahkan anda rasa bahawa setiap apa yg dilakukan oleh kita merupakan tindakan yang menongkah arus. Nak melawan… kita kalah.. tak nak melawan pon kita kalah jugak… ibarat juga masuk mulut buaya, bukan tidak berusaha mahu melepaskan diri, tetapi lagi keras kita berusaha untuk melepaskan diri, lebih azab rasanya badan kita menanggung.. mana taknye, kalau senyap-senyap kena telan dek buaya sekurang-kurangnya lengkap satu body ada dlm perut buaya.. agaknya sempatlah jugak nak mengucap dalam suasana yang gelap.. erm kalau degil jugak tak bagi buaya tu telan.. kan dah jadi bercebis-cebis daging kita… huhuhuhuhuhuhu.. but still kita kena makan.. huhuhuhuhuhu

Sama jugak orang kaya yang tak lepas SRP kata, erm ko ni belajar tinggi tp tak dapat keje lagi, alahhh kalau keje pon nanti dapat gaji 2-3 ribu. Tgk aku yg tak lepas SRP pon gaji 5-6 ribu.... adakah salah seseorang itu berpeluang melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi tidak mendapat gaji yg tinggi hanya kerana beliau hanya kerja makan gaji.. dan adakah layak orang kaya itu untuk mengkritik pekerja yang makan gaji itu, hanya kerana hidupnya dilimpahi oleh kekayaan dan keberkatan oleh allah pada masa kini... erm masa depan kita masih tidak ditentukan lagi... entah tenggelam ke timbul.. astagfirullahhalazhimmm..

adakah ini semua berpunca daripada sikap iri hati ataupon ia terbit daripada sikap orang melayu yang suka memperlekeh-lekehkan orang lain.... Mana lah bangsa melayu nak maju.. huhuhu aku sedih, yelah sebab akulah mangsa yang telah dihamburkan oleh kata-kata itu... huhuhuhu

Adakah kita kena berserah segalanya kepada takdir.. adakah kita perlu melawan takdir untuk menentukan kehidupan kita kelak.. aku pon tak tau... lagi dulu sampai sekarang aku hanya mampu mengikut jalan yg terbentang, yang dah disediakan untuk aku tanpa bertanya KENAPA???... Entahlah .. tak terpikir lagi kot masa tu... huhuhuhu

But now.. which path yang aku nak pilih untuk jalan.... the safer path but it’s end with kekesalan sepanjang hidup???? The liku-liku path which has the happy ending???? Or back to the titik asalan????? Ermmmm........

Bakaneko.. meoww

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

23 years at 23rd Nov

Pejam celik.. pejam celik.. akhirnya sampai jugak waktunya.. menandakan usia aku telah bertambah lagi setahun… twenty three YEARS OLD AT TWENTY THIRD OF NOVEMBER …. Sound special... hehehehe sebab tak kan terjadi lagi benda ni selepas ni...

I guess inilah tahun terakhir aku tersenyum dengan menampakkan gigi taring aku.. hehhehehe FYI gigi taring aku yg di sebelah kiri telah ke belakang.. so sekarang aku menunggu masa je gigi taring yg disebelah kanan untuk ke belakang... berusahalah gigi taring kanan... so tidak lagi akan kelihatan senyuman aku yg mengandungi sesuatu maksud yang tersembunyi... hahhahaha

Entahlah dengar cerita, gigi taring ni mengambil masa yang lama untuk bergerak.. tapi pelik!!! Gigi aku cepat aje bergalihh.... erm maybe gusi lembut kot.. tapi kapla still lagi keras hahhahahhahah....

Erm pepagi aku bangun setelah di wish hepi besday oleh anak-anak buah aku melalui telefon, aku realise yang i like myself... not a perfect person, not sensitive, blurrr, an average person with breaces, a comic lover, a ‘budak getah’ die hard fan, keras kapla punya orang... and many more... sound like takde kelebihan langsung tapi boleh lah... cukup-cukup makan... FYI this is not part of positive thinking campaign.. okkk

PAGI YANG INDAH INI,
TERSENYUM SENDIRI,
CIAP-MIAP BURUNG, DILUAR JENDELA,
SEAKAN MEMANGGIL NAMAMU..

AKU TAK PANDAI MENGARANG PUISI,
TIDAK KU PANDAI BERMADAH BERSENI,
SATU KALIMAH YANG KU SEIKHLAS TAHU....

Pernah tengok tak iklan NIPPON PAINT... slogan dia ialah WHAT COLOUR ARE YOU ?... maybe it just a simple slogan... but bile kita pikir balik rasanya ia adalah sesuatu ayat yang membuatkan kita tertanya-tanya kat diri kita... apakah warna kita... adakah hitam, putih, biru, hijau, pink, creme or striking... is it everytime we deal with someone else we need to change our colour ? adakah ini dikatakan hipokrit or jaga hati...why don’t we just stay at one colour only??? Is it inilah yang dipanggil lurus bendul ataupun just trying to be yourself... OR adakah kita perlu mencampurkan warna-warna kita untuk membentuk satu warna yang lain??.. hermmm that interesting... jgn lupa diri sudah..

By the way.. alamak.. alamak.. aku dah makin tua.. macamana ni..hahhahhah

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Perbualan antara 2 beranak

Ini adalah perbualan diantara dua beranak tanpa tarikh dan masa yang telah dilupai.

Anak : mak.. mak aritu orang pegi Alamanda Putrajaya ngan angah n family dia..
Mak : ye ker????
Anak : erm.... angah belikan anak dia, dak dina ngan nana belon... orang pon apalagi sibuk ah perdajalkan budak tu.. sibuk melarikan belon tu daripada dak nana.. berlaku lah kejadian kejar-mengejar diantara orang ngan dak nana. Orang pulak masa lari tu tak pandang depan.. erm apa lagi tetiba dengar bunyi GONGGGGG n serta-merta terasa sakit kat bahu.. hahahahhahaha rupa-rupanya orang terlanggar tiang kat taman alamanda tu tengah-tengah orang ramai...
Mak : ahh????

anak : Rasa bergegar lah jugak alamanda tu masa orang terlangggar tiang seri dia... mesti orang kat dalam tu ingat ada gempa bumi...hehehe.. kak ina dah panik, sebab bunyi orang langgar tiang tu kuat giler.. sampai orang kat sekeliling pun pandang dengan pandangan tanda-tanya “ Are ur OK???”. Erm orang cepat-cepat bangun buat takde pape.. tapi sebenarnya sakit betul bahu masa tu.. n siap pikir nak buat-buat pengsan tak.. ke tak pon buat-buat hilang ingatan.. so takde lah malu sangat.. hahahah
Mak : erm nasib baik tak black out sekali alamanda tu.. yelah bukan calang-calang orang yang melanggarnya.( erm si emak pun berlalu tanpa apa-apa perasaan meninggalkan anaknya yang baru sahaja menyedari samada emaknya baru sahaja membuat lawak daripada kejadian yang menimpa anaknya)

So tamatlah di sini perbualan di antara mak ngan anaknya.
Moral : Kalau buat jahat tu cepat jek dapat balasannya.. hahahahhaha

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Hari Konvo aku...

CHAOS.. CHAOS…CHAOS.. itu jelah yang aku boleh katakan apa yang terjadi masa hari konvo tu.. everything yang di plan kan tak menjadi… aku gi dengan baju batik warna ungu.. huhuhuhuhu tak yah berhabis duit pon masa hari konvo tu.. baju akak aku punya.. tudung akak aku punya.. aku pinjam jek…aku just provide badan aku and benda-benda yang lain…..

Perasaan GEMBIRA tetap adalah masa tu, yelah sebab dengan rasminya aku dah abis belajar and keluar dari UTM... perasaan sedih??? Tak terpikir masa tu sebab kelam-kabut nak buat semua benda hari tu jugak.. manalah nak amik gambar.. manalah nak gi hantar jubah n lepas tu nak pegi amik transkip.. n everything.. hari yang penat giler... petang tu jugak balik melaka.. sebab penat giler duk kat UTM ni.. finally aku realize jugak....

Aku tak jumpa nad, tak jumpa bah, tak jumpa esah.. aku just jumpa orang yang aku tak listkan nak jumpa.. tapi dah kira nasib baik jugalah aku jumpa kelly n meck... what a day.. ini jek yang aku boleh katakan hari konvo aku... segala maklumat lanjut silalah rujuk BAH nye blog.. OK.. segala tidak puas hati semuanya telah diluahkan di blog BAH. Aku sokong 100% apa yang BAH tulis tu... IDOP BAH

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 7

Balik daripada klinik, aku pon sibuk ah melayan darah yg keluar x henti-henti from mulut aku.. erm T.E.N.S.I.O.N.... dah lah sebelum wat cabut gigi tak gi makan malam, akak aku plak sibuk menapau sayap panggang n siap mengajak aku makan bersama-sama walaupun menyedari yg darah masih lagi mengalir di tepian bibir aku... aku bila dah mula nak melayan darah ni, erm memang dah tak ingat ape dah... eeeiiii geli lahhhh...... hilang semua selera makan... then ntah macamana ntah, aku terjaga pagi dengan kapas kat gigi yang still berdarah.. hahahhaha kusutttt... amazing???? Tak sangka aku adalah seburuk itu... boleh tido dalam ape-ape keadaan, huhuhuhuhuu menambahkan lagi satu sifat terpuji yang ada dalam diri aku.. hohohoho aku patut berbangga.. tapi sebelum tu, aku makan panadol... ermmm mesti effect dari panadol tu.. (dah panadol lak salah.. bijak tul manusia ini menuding tangan pada org lain... huhuhuhu fitrah manusia)

Today, acara aku adalah tengok tv sepanjang hari, bermalas-malasan and tunggu sampai kul 8.00 mlm coz nak gi pasang rel keretapi.. then pukul 8.00 malam itu pon menjelang tiba, berangkat lah aku n akak aku ke klinik itu dengan hati yang tiada apa-apa perasaan.. as usual lah...

Setelah tiba straight gi check in, n waiting nama dipanggil.... doktor pon start lah menggamkan besi-besi itu ke gigi aku... tak tau lah dia pakai gam ape?? Tapi gam tu lagi kuat dari gam gajah lahhh... erm cuba pikir ape yang lagi kuat dari gajah, erm maybe gam “______ “ ( p/s : sila isikan ruang kosong dengan binatang atau benda yang dipikirkan). Siap nak keringkan gam tu, guna SINARAN ULTRA VIOLET.. huhuhuhuhuhu menakutkan jek bunyinya..
Then doktor suruh pilih warna getah yang nak letakkan kat gigi, erm aku pon dengan lajunya memilih warna pink.. bukan pink yg terang dari satu batu boleh nampak but a very-very humble pink... dengan kata lain pink yang malu-malu kucing iaitu nak kata warna pink.. erm adalah sikit, nak kata warna oren... dah dia memang warna pink camne lah pulak leh tukar warna oren.... apolahhhh POYO..

Setelah siap memasang besi-besinya, kitorg pon berangkat pulang... masa ni relaks lagi but after 10 minit, erm dah mula terasa sengal-sengal kat gigi.. and after 30 minute dah rasa sakit-sakit kapla n after 1 hour dah mula rasa nak hentak kapla tu kat tembok.. hahahaha sepanjang malam tu memanglah panadol jadi my very bestfren... every 3 hours mesti amik panadol... erm sakitnya sampai tak boleh nak buka mulut, inikan nak bercakap.. mulut kitakan tak biasa lagi dengan besi-besi tu, erm ape lagi abis lah dalam mulut aku ni bengkak-bengkak... so nak prevent daripada besi tu mengguris, menggores sehingga menang mulut kita, silalah guna wax.. iaitu lilin yang diletakkan kat besi yang tajam tu... so bila bila besi tu kena kat mulut takdelah rasa sakit sebab ada wax sebagai bahan pelincir.. OK paham tak anak-anak murid sekalian????

Memula pakai besi ni, bayangkan lah seminggu tu hanya makan bubur kosong sahaja... ikan bilis pon takleh nak kunyah.. dia punya sakit.. hanya Allah je yang tahu... mak aku dah sedih-sedih tengok aku takleh makan.. hahahahahha yelah dia merupakan pembantu peribadi aku dalam menambahkan peratus kandungan lemak dalam badan aku, so setelah bertahun-tahun ia terjaga rapi tetiba kandungan lemak itu MAYBE akan terurai.. mestilah suasana sedih akan melanda.. erm kesian...

But life must go on.. benda dah terjadi, takleh nak ulang balik.... redha jelahh... biarkan ia pergi... go go chayo..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 6

Today is Monday and at 8 pm, i need to go to klinik gigi untuk cabut 2 buah gigi di bahagian kanan mulut pula.... (T_T) huhuhuhuhu erm da lah sakit kapla sebab gi jejalan kat sogo tgh-tgh panas.. erm terasa berat pulak nak pegi cabut gigi, yelah takut ada effect ker kat badan kita.. but aku pegilah jugak... PASRAH..sampai-sampai kat klinik, straight kena panggil masuk.. terus jek bius gigi n cabut gigi by doktor lelaki... erm rupa-rupanya terdapat perbezaan jugak klu kita wat treatment ngan doktor lelaki ngan doktor pompuan.. erm doktor lelaki ni adalah ganas sikit caranya nak mencabut gigi aku n membiuskan gigi aku.. masa bius ada terasa lebih sakit sikit dr doktor hari tu.. erm dasar lelaki.. Ganasss but funny.. yelah dah lah lepas cabut 2 btg gigi aku.. pastu dia buat nada panik pulak, “ Alamakk.. saya tersalah cabut lah. Kena cabut lagi gigi awak..” huhuhuhu panik kejap aku masa tu... erm tak tau lah klu betul dia salah cabut.. aku saman dia kat mahkamah... erm nasib baik dia kata just joking.. sebab tgk muka aku da hijau semacam jek.. hahhahahhahahah then masa nak mula cabut gigi aku... dia kata “ erm relaksss.. kalau awak terasa sakit masa saya cabut gigi awak, bagitahu saya tau ???”... erm aku pon berkata dlm hati” Aik da bius aku 4 kali pon tak kebas lagi.. ni reti ke x reti bius ni !!!!” aku ada perasaan sedikit bengang masa tu.. hahahhahah but luckily everything berjalan dengan lancar..... hohohoho nasib baik...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 5

Today is Saturday... today i need to cabut my G.I.G.I... not 1 but 2 gigi yang sihat sejahtera dan comel-comel belaka.. gigi yang terpilih ialah gigi baby geraham atas and bawah bahagian kiri.. memula jumpa ngan orthodontist and doktor pasangkan besi kat gigi atas ngan bridge nye.... bila pasang bridge rasa susah nak telan something... sebab lidah kita terganggu coz ada besi melintang kat dalam lelangit kita... sebab bila kita nak menelan, lidah kita kan naik ke lelangit. So memang rasa pelik...

Then menunggu doktor lain untuk mencabutkan gigi kita... erm masa menunggu ni memang lah cemas giler.. takut sangattt.. yelah dah lama tak kena cabut gigi and kena inject kat gigi.... ah takut..

Then nama aku pon kena panggil... walauuu wehhhh... it’s show time.... memula doktor inject gigi... arghhh sakit tull.... 4 kali kena inject.. tapi kena inject kat lelangit paling sakitlah....doktor memang dah bagitau awal-awal yg kat lelangit mmg paling sakit sebab lelangit kita keras.... masa kena inject, aku tahan sakitnya sampai pejam-pejam mata.. then doktor pon cakap.. “ relaksss fiza, buka mata... nak cantik kenalah tahan sakit sikit...” aku rasa ayat ni dah jadi magic word sepanjang aku memakai rel keretapi ni...

then buat scaling gigi n after that cabutan gigi pon dibuat... gigi bawah bahagian kiri terpilih untuk dicabut dahulu.. tak rasa apa pon masa cabut sebab gigi dah kena bius... just rasa gigi digoyang sambil kepala dipegang oleh pembantu doktor... paling malas nak layan darah yg keluar dr gigi.. tensen giler... da lah geli nak telan air liur beserta darah tu..
eeii loya n rasa tak sedap.. erm bila gigi dah cabut, kesan biusnya tak hilang lagi.. erm apalagi, kalau tak perhatikan kapas kat gigi, kita tak perasan darah n bercampur air liur mengalir dr mulut kita... hahahhahahha memalukan sungguh.. nak-nak kita tak bawak tisu.. 2 X memalukan.... hahhahahha.... yelah dah kita takleh nak kontrol mulut kita masa tu.... i feel numb.... menggelikan org tgk jek... hohohohoho

sebelum cabut gigi kan doktor pasangkan besi kat gigi atas.. erm besi kat gigi atas bhgn kiri menyebabkan bhgn pipi kiri dlm mulut aku luka and pedih.. waduh-waduh berdenyut-denyut.. mengalahkan sakit cabut gigi.. (T_T) so bila ngunyah makanan mestilah kunyah kat bahagian kanan gigi, sebab gigi sebelah kanan belum kena cabut.. so bila start mengunyah kekadang tergigit bahagian sebelah kiri dalam pipi... erm terasa cam tengah makan daging sendiri jek sebagai perencah dalam makanan... huhuhuhu

lepas cabut gigi.. aku, kakak aku n anak-anak buah aku pergi umah mak ndak aku.. sampai jek kat umah mak ndak aku, dia tanya , “ tak sakit ker???” erm aku ceritalah betapa sakitnya gigi aku ni... then dia pon cakap “ erm nak cantik .. kenalah tahan sakit sikit ..” kan aku dah cakap.. ini adalah magic word yg selalu diulang-ulang sepanjang aku pakai rel keretapi... hish..hish..hish...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kelakar ke tak????

Erm aku suka tgk cerita korea FULL HOUSE, tulah kerja aku tiap-tiap mlm. Erm cerita ni mengenai lelaki n pompuan ni kawin kontrak walaupun baru berjumpa sebab nak hindarkan gosip plus patah hati. Yang menjadikan cerita ni best ditgk sebab diorang ni selalu bergaduh sesame sendiri. Very exciting….. biasak ah manusia, kalau bab-bab gaduh ni ramai jek penontonnya, dasar caring. Nak dipendekkan cerita, pompuan ni suka lah sesangat bercerita cerita yg lucu but, lelaki tu tak penahlah rasa kelakar ngan cerita pompuan tu, kena marah balik adalah.. Erm pelik... but aku rasa pompuan tu pandai buat lawak, kelakar giler.. sehari semalam aku tersengih kalau teringat cerita lawak dia.. hehe. One of the story yg aku suka ialah cerita mengenai sang kura-kura and si arnab. Ceritanya camni:

Pada suatu hari sang kura-kura berlumba lari dengan si arnab. Walaupun si arnab telah jauh tinggalkan sang kura-kura, tetapi sang kura-kura ni tetap tidak berputus asa untuk mengejar si arnab. Sang kura-kura berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan itu. Tetiba semasa sang kura-kura sedang berlari, dia ternampak si siput juga sedang berusaha dengan bersungguh-sungguh berlari. Sebab kesiankan si siput tu, sang kura-kura pun berkata kepada si siput,

Sang kura-kura : Hei!! Marilah aku mendukung ko, and kita sesama lari ke garisan penamat.
Si siput : erm boleh jugak.

So, sang kura-kura pun meneruskan lariannya, still dengan bersungguh-sungguh dengan si siput diletakkan dibelakangnya. Tetiba dia ternampak sang ulat pulak yang sedang berlari dengan berusahanya. Dia pun menegur sang ulat.

Sang kura-kura : Hei !!! kesian ko, mehlah aku bawak ko and kita sesama berusaha berlari ke garisan penamat.
Sang ulat : erm bagus jugak idea ko tu....

Sang kura-kura pun meletakkan sang ulat dibelakangnya bersama-sama dengan si siput. Si siput pun memandang kepada sang ulat dan berkata......

Cuba teka apa yang si siput cakap ????? bagi masa 10 saat.... 3..2...1... ok dah???

Si siput pun cakap, “ Ulat pegang kuat-kuat, sebab sang kura-kura ni lari dengan laju betul..... “.

Heheeheehehhe sepanjang hari... kelakarkan??? kan??? Kan???? Erm ape!!! tak kelakar???? Erm kalau ko rasa tak kelakar, ko memang pelik orangnya!!!! P.E.e.L.i.i.i.k.k.K.k!!!!!! (^O^)

p/s : cerita kura-kura ni bukan sebijik sebotol cam dlm cerita tu... aku da ubah ler sesikit.. hehehhehe

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 4

Lepas seminggu, pegi balik klinik… doctor keluarkan getah yg annoying tu.. erm memang ada ruang antara gigi… erm berjarak jugaklah antara gigi geraham besar and baby geraham… what a miracle…..

Then doctor letakkan besi yang dibuat berdasarkan acuan tanah liat tu, kat 2 gigi geraham bahagian bawah… untuk memasukkan besi tu kat gigi geraham, doctor letakkan cam spatula but tajam hujung nya ( tak tahu nak panggil apa benda tu, tapi doctor gigi selalu guna untuk check or cungkil something dr gigi kita) kat besi tu and needs me to gigit kuat spatula tu then besi tu masuk sendiri.. erm takut jugak masa tu.. manalah tahu, tersalah gigit and tersasar then terkena gusi…. Walauu weh.. tapi doktor tu terel, so mesti takkan jadi macam tu. Huhuhu nasib baik...

After that doctor ambil balik acuan bagi gigi atas.. maybe acuan hari tu tak bagus kot sebab bagi bahagian atas gigi aku, kena buat extra procedure sket… kena tambah bridge antara gigi geraham atas sebelah kanan and sebelah kiri…. Kenapa???? Erm doktor dah terangkan banyak kali, kenapa nak letakkan bridge.. but aku jek yg tak paham-paham... lambat sket.. bukan sikit.. banyak sebab sampai sekarang pon aku tak paham lagi...

Then that’s it untuk minggu ni, just tambah besi kat 2 gigi geraham bhgn bawah, letakkan getah balik kat bahagian gigi atas sebab acuan gigi bhgn atas tak siap lagi n heading home…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 3

Hari ini adalah hari membuat acuan gigi... nampak macam mudah tapi sebenarnya agak susah... bayangkan sekepal tanah liat diletakkan didalam acuan gigi dan dilekapkan di gigi kita.. bagi gigi bawah memang mudah.. tapi bila diletakkan di gigi atas, doktor dah nasihatkan dulu..” jangan panik, bernafas macam biasa “...

Memanglah kena coooll jer masa amik acuan bahagian atas... sebab terasa macam sesak nafas n kalau panik, rasa macam nak muntah....

After amik acuan, doktor pon meletakkan 8 getah kat 4 biji gigi geraham, sebab nak adakan ruang coz nak letakkan besi kat gigi tu sebagai TIANG SERI... haha.. erm bila dikatakan letak getah, rasa macam simple gila kerja ni... tapi ya ampun.. sakitnyeee sampai tak leh nak mengunyah makanan... aku kalau dah penat nak tahan sakit tu, aku telan jek nasi yang ada. Klu nak hancurkan makanan, pakai jek gigi depan... agak-agak dah hancur, aku terus jek telan... hahaha

Pakai getah ni, rasa macam ada daging terselit kat gigi, tapi tak dapat nak keluarkan.. what an annoying thing… doctor pesan jugak, klu sakit.. telanlah panadol… erm bayangkanlah siap suruh telan panadol erm betapa sakitlah gigi masa tu… kakak aku cakap ni baru jek sakit sikit, lum lagi pakai besi…. Waduh-waduh ntah macamana sakit agaknya.. huhu.. tapi memang sengsara tul pakai getah ni..

Petang tu pegi jln kat The Mall ngan akak, abg aku n family dia... erm masa aku tgh sakit gigi nilah abg aku nak belanja Pizza.. erm tak pedulik... sakit ke tak aku telan jek pizza tu... hohohohoho... erm kakak ipar aku tanya, sakit tak??? Erm aku ckp, memang sakit tapi nak cantik kenalah tahan sakit.. hohohoho... benci jek org dengar aku cakap... but it’s true what !!!! tgk omputih wat plastik surgeri, sengsara idop diorg... itu semata-mata nak cantik jek!!!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 2

Pegi wat X-ray gigi kat hospital Tawakkal kat jln pahang... kena amik X-ray bahagian sisi and depan gigi... erm aku pelik tgk tukang amik x-ray menekan butang x-ray dr luar bilik... maybe dia tak nak kena bahan radioaktif kot... after x-ray, terasa pening-pening lalat sebab bila amik x-ray dr bhgn sisi ada benda kena masuk dlm telinga.. ada rasa tak sedap sikit... and rasa loya...

Tapi lepas x-ray, aku ngan kakak aku meround satu kl, semata-mata nak cari lampu nak letakkan kat living room rumah dia... erm dr sungai besi ke IKEA.. then balik umah lepas jumpa lampu yang dia nak.. finally....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

The 1st job…

Erm setelah lama memberehatkan n menggajahkan diri, aku pun decide nak keje sambilan kat hukm. Aku dapat info, café kat situ nak pakai pekerja drpd member aku yg bekerja kat situ. So kitaorg decide nak cuba nasib kat situ. Yelah saje jek nak penuhkan masa yang terluang. But now I already resign from that job. It’s hard to resign you know. Sedihhh... Sebab keje kat situ mmg best. Yelah kerja ngan bebudak yg bawah umur & baru abis sekolah, memanglah perangai kita jadi bebudak jugak.. it’s far from the educated thing .. you know.. tak payah lah bersusah-payah memikirkan logik n teori-teori yang terdapat macam dalam buku-buku tebal tu.. just go with the flow... n be yourself..

Apa jawatan aku kat situ???? Huhuhuhu as junior cashier... it’s fun when we had a chance to meet people with the different kind, race, desease, pangkat & whatsoever. Aku dok kat situ, asyik study je people behaviour. Erm pesakit ni camni... erm doktor camni perangai nye... erm everything dr hujung rambut ke hujung kaki... erm kalau dah jenis mamarazzi, mamarazzi jugak... hahahhahahah

Tak kurang jugak yg memandang rendah kat kita ni.. yelah just ‘cashier’ mesti bukan belajar tinggi... & org-org kat situ kan belajar sampai ke U, erm senang jek nak pijak n pandang rendah kat kita... erm memang berlagak sungguh bakal-bakal doktor kita ini.. erm hancur semua the good thought about doctor in my head.. yelah dr kecik kita ni di brain wash yg doktor ni seorg yg mulia, baik n whatever... tapi sebenarnya diorang ni just a normal person like us jugak.... ada yg nakal, baik, bengong, mulut jahat n bijak gila membengangkan org, n ada yg jenis tau dia jek yg betul.... ada sorang tu annoying sungguh budaknya.. hish tensen aku kalo dia nak bayar kat counter aku.. semua benda dia nak beli, dia tanya kita dulu.. nak letak dlm ape, boleh ke dalam ni, ni kuah dia ker???? Arggghhhh tensen aku... memang tak salah bertanya, tapi jgnlah sampai buat org yg ditanya tu tensen n rasa macam nak marah semua org kat dalam cafe tu... tak dapat bayangkan kalo aku dok serumah ngan dia... erm tak payah bayangkanlah, nanti aku dapat mimpi ngeri plak malam karang...

Kenapa aku berhenti????? Erm panjang cerita nya... Apa ??? Pendekkan ??? erm kalau nak pendekkan, erm Dragon ball ada 7 biji semuanya. Itulah dia ceritanya setelah buat ringkasan... erm kalo dah ckp ‘pjg ceritanya’ maknanya malaslah nak cerita.... nanti hari pon malam, cerita tak abis-abis...

Erm setelah 2 bulan aku bekerja kat situ, it’s time aku mengangkat kaki aku sendiri... just have to move on.. but it’s a good job though, yelah ada geng satu kapla, buat ‘ketupat, lemang n rendang’ sume buat sesama. Nak cari geng yg sama kapla ni bukan senang tau... ermm sayang tul nak tinggalkan situ... but i had to... it’s a must.... so sekarang aku rasa dah cukup dah aku study about people at that place, da boleh buat kertas kerja... hahahahahha

Memories???? Aku tak tau lah benda yg terjadi ni, aku nak kategorikan dlm ‘good or bad memory’... kekadang aku ditugaskan jaga cafe kat tingkat 7 sensorang. Akulah yg buat air, akulah yg mengemas, akulah everything tapi tak masuk basuh pinggan .. sebab tu mat bangla yg buat ok!!!!.. hari tu betul-betul aku nak teerkucil... penat menahan, tetiba dtglah sorang customer ni. Agak berumur, maybe 40 something...Dia order teh tarik n tunggu kat meja makan... aku plak buat ah air nya sambil melompat-lompat kat dapor sebab nak menahan terkucil.. hahahhahah... aku hantar airnya n tanya dia whether dia kisah ke tak, aku nak mintak tolong dia tgkkan counter cashier aku sekejap, coz aku nak gi toilet... dia ckp tak kisah.. just tengok saje kan??? so aku pun pegi ah melepaskan hajat.. hahahahha

Balik jek kat cafe dgn senang hatinya sambil menyanyi-nyanyi kecil, aku terperanjat tgk kwn aku tgh tunggu aku sebab hantar makanan tengahari dr cafe utama. Dia tanya sapa yg angkat telefon tadi... suara lelaki... erm aku ckp customer tu kottt.. erm baiknya siap tolong angkat telefon & explain kat kawan aku yg aku pegi toilet... setelah dua minggu berlalu, tetiba keluar berita yg berlaku kecuaian dlm hospital ni & the pengarah need to give explanation about that case.... tup.. tup.. the pengarah is someone that look very familiar to me... erm that was the customer yg tolong aku jaga cafe n angkatkan telefon aku... hahahahaha aku hanya boleh ketawa sambil tercengang-cengang.... so i wanna ask you whether it’s the good or bad memories??????? Hahahaha nasib baik aku siap belanja dia minum & makan kuih sebab tolong aku jaga cafe kejap... dia siap tergelak sebab aku belanja dia.. erm patut pon dia gelak.. aku siap belanja pengarah tu....

Bengongnya dak apis....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments

Kisah Gigi ep 1

Orang kata jangan mengubah kejadian Allah.. berdosa... kalau ia adalah 2 batang gigi yg agak tidak normal, adakah kita ingin mengubahnya ????

Aku plak penatlah termenung memikirkan samada aku nak buat gigi besi ke x??? Tu tak pikirkan lagi kesakitan yang perlu dihadapi... Aku pening.. kengkawan aku ramai yang tak bagi aku memperbetulkan gigi aku ni.... sweet diorg cakap... ye ker?????? Erm maybe diorg dah biasa tgk aku ngan gigi aku.. Tapi aku tak dapat lagi buat keputusan.... last-last aku ikut jek cakap kakak aku.. yelah dia jugak yg beria-ia menyuruh aku buat breaces.....

Then the appointment with doktor ditetapkan pukul 8.00 mlm... sebelum doktor check aku bagi tau kat dia yang gigi aku ni kompleks...then doktor pon check and bile dia selesai check gigi aku dia pon kata, “ erm gigi awak memang kompleks”... erm kan aku dah kata.... then dia suruh pegi wat X-ray untuk gigi....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments